Wednesday, September 16, 2009

Cuti Sabatikal 113-Kembara Bali: HARI INI DALAM SEJARAH


17 September 2009 jam 1.30 pagi aku menulis untuk blog ini. Tadinya jam 12.30 tengah malam (pagi?)aku baru bangun tidur. Tidak pernah aku tidur awal tetapi terpaksa dan dipaksakan kerana blackout berlaku selepas berbuka puasa petang tadi. Inilah buat kedua kalinya blackout sepanjang hampir 4 bulan aku tinggal di Sanur Bali. Wah memang gelap sungguh, aku memang tiada menyediakan lilin atau lampu suluh. Aku gunakan handphone untuk mendapatkan cahaya itu pun tidak lama kerana baterinya pula habis. Nasib baik isteri tuan rumah yang menjadi jiranku menyediakan lilin yg tinggal sedikit untuk menerangi rumahku.Alhamdulillah hanya sejam kemudian aku terus bergelap dan tertidur.

HARI INI DALAM SEJARAH. Ya aku memang tidak pernah SMS atau call DATUK NAIB CANSELOR Prof Datuk Dr Aminah bt Ayob sepanjang aku kenal dia. Pada hal aku mmemang mengenalinya lama semenjak beliau menjadi penyelia masterku pada tahun 1996 lagi ketika beliau berkhidmat sebagai pensyarah di USM. Aku pernah beberapa kali menemuinya di pejabat atas urusan rasmi. Malah aku tidak pernah mengambil kesempatan atas hubungan ini. Aku cukup profesional dalam masalah ini. Walau bagaimanapun kami sering bercanda.

Isu ini menyebabkan aku terpanggil. Aku gelisah dan tidak boleh diam dan tidak boleh tidur dibuatnya. Kebetulan sahabatku Dr.Joe menyuntikku..sebenarnya aku memang nak call dia. Aku cuba 2 kali call dia tapi panggilan tidak dijawab. Aku pasti nombor hpnya betul. Lepas itu aku SMS dia sebagai intro. Dalam intro itu aku berikan ucapan selamat hari raya dan bertanya kabar. Tidak disangka-sangka dia membalas sms aku. ah aku melihat ada sedikit cahaya untuk aku berbicara dengannya. Aku call dia balik tapi dia masih tidak menjawabnya. Aku yakin dia sibuk. Lebih kurang jam 2.30 petang DATUK VC call. Alhamdulillah satu perbicaraan dari hati ke hati berlaku. Aku menyuarakan kegelisahan dan pandanganku terhadap isu ini. Aku meminta agar nama SENI jangan dibuang dalam pembentukan fakulti baru. Dia nampaknya perihatin. Dia menjelaskan SENI TIDAK HILANG. Aku membalasnya dengan kepentingan seni dalam industri. Satu fakulti baru yang dinamakan FAKULTI PENGKOMPUTERAN, SENI DAN KREATIF INDUSTRI akan diwujudkan mengganti fakulti lama. Seni akan bergabung dengan fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam fakulti baru itu. Perkataan SENI terus kekal sebaliknya teknologi maklumat dan komunikasi hilang terus diganti pengkomputeran. Malah kekuatan seni ditambah dengan KREATIF INDUSTRI. Itulah kandungan perbicaraan aku dengan DATUK VC. Alhamdulillah. Pembentukan fakulti baru itu hanya akan menukar rakan gabungan sahaja dari rakan muzik ke rakan FTMK.

5 comments:

  1. Kalau benar begitu Alhamdulilah, saya risau sebaliknya seperti dimaklumkan dalam sanet, seperti mana Dr. Hassan menceritakan pada saya pada petang semalam. Keputusan tetap sama meskipun prof Abdullah, Prof Zakaria Ali dan Dr. Hassan memberi penjelasan.
    Tahniah pada Dr. kerana dapat berkomunikasi dan berinteraksi sebagai kawan dengan datuk. itulah kelebihan Dr.... tapi... perkataan "kami sering bercanda.." tu kalau di Indon tak mengapa tapi di Malaysia maksud lain!!!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah nama Seni masih lagi dimartabatkan.

    ReplyDelete
  3. Aku terpaksa menganggu dan 'menyuntik' semangat Dr.Suhaimi supaya menghubungi Datuk VC. Sehingga lewat malam aku 'paksa' dia supaya cepat-cepat bertindak kerana aku tahu mereka memang rapat dan selalu bercanda (bergurau). Alhamdulillah perkembangan positif berlaku selepas itu..Maafkan aku Dr. Suhaimi kerana menganggu masa rehat dan cutimu itu....sebenarnya aku betul2 mengharapkan pertolonganmu dan aku nak ceritakan apa yang dah berlaku di fakulti..Terima kasih, sahabatku...

    ReplyDelete
  4. Tahniah... tindakan anda hebat. Tulah bagusnya ada link dengan orang hebat-hebat, tapi "bercanda" tak sesuailah untuk orang Malaysia. Ada persepsi berbeza bila guna perkataan tu. Nanti disalah tafsirkan..... eeee

    ReplyDelete
  5. Menurut Kamus Dewan, edisi 3 (2002:207): Bercanda 1: berkelakuan, bertingkah, bergurau, berkelakar. Kenapa nak salah tafsir pula?

    ReplyDelete