Thursday, September 10, 2009
Cuti Sabatikal 108-Kembara Bali: Perang Perak -Satu Manifestasi Visual
10 September 2009 aku mula mencari idea apakah tajuk dan tema untuk kertas kerja yang ku tulis untuk Seminar Internasional Khazanah Seni Rupa Nusantara. Seminar anjuran Universiti Pendidikan Ganesha, Singaraja ini akan diadakan pada 2-3 Oktober 2009 di UNDIKSA,Singaraja,Bali. Dari awal lagi Dr I Made Sutama Dekan Fakultas Bahasa dan Seni UNDIKSA menjemputku untuk membentangkan kertas kerja untuk seminar ini, tapi aku sering lupa tarikhnya. Fikir punya fikir akhirnya tiba-tiba aku perolehi idea tentang Perang Perak, kebetulan aku selalu melihat lakaran Sultan Abdullah oleh Said Ahmad Al Khudri dalam akhbar JAJAHAN MELAYU yang telah diterbitkan oleh Syed Abdul Hassan Ibni Burhan( keturunan Arab) pada tahun 1886 di Taiping. Lakaran di muka hadapan akhbar itu sangat mengesankan aku. Lakaran wajah Sultan Abdullah itu mirip foto wajah Sultan Abdullah sendiri. Aku melihat sesuatu yang unik pada artis tersebut iaitu Said Ahmad Al Khudri. Aku juga melihat sesuatu yang istimewa pada akhbar JAJAHAN MELAYU. Mengapa mereka memilih taswir Sultan Abdullah adalah sesuatu yang di luar jangkaan. Sebabnya akhbar itu diterbitkan ketika Malaya di bawah jajahan British, manakala Taiping adalah pusat pentadbiran British ketika itu (1886) sebelum berpindah ke kuala Lumpur. Sultan Abdullah ketika itu telah menjalani hukuman buang negeri ke Pulau Sychelles kerana terlibat membunuh J.W.W.Birch Residen Inggeris Perak. Aku menyemak semula foto-foto yang kumiliki mengenai Perang Perak. Aku memang menyimpan lakaran-lakaran Engraving peristiwa Perang Perak di Pasir Salak yang diterbitkan dalam Akhbar THE ILLUSTRATED LONDON NEWS pada tahun 1876. Dua naskhah asal akhbar itu aku miliki ketika aku membuat penyelidikan Doktor Falsafah dahulu. Lakaran itu dibuat oleh artis Inggeris ( tidak dapat dikesan nama artis tersebut) ketika perang itu berlaku. Sudah menjadi dasar akhbar ini yang berteraskan ilustrasi setiap kejadian penting termasuk peperangan, seorang artis akan dihantar (umpama cameraman) melukiskan peristiwa itu secara 'live'. Aku cuba menghubungkan tajuk ini dengan seminar antarabangsa itu. Ya aku fikir ada sesuatu yang perlu diketahui tentang peranan ilustrasi dalam media massa dalam dunia komunikasi di nusantara ini. Akhirnya aku memilih tajuk yang pasti untuk kertas kerja ini iaitu PERANG PERAK : SATU MANIFESTASI VISUAL.(Tambahan: Aku masukkan fotoku ini sebab aku rasa wajahku mirip wajah Sultan Abdullah.Cuma aku tak pakai songkok pengakap macam Sultan Abdullah pakai dan Sultan Abdullah tak simpan janggut macam aku simpan. Yang sama misai dan dahi luasnya. Perasan)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
...perang perak...termasuk perang yang semasa ke?...
ReplyDeleteBegitulah hebatnya Perak sejak dahulu lagi menyaksikan pergelutan berebut tahta antara Sultan Abdullah,Sultan Yusuf dan Sultan Ismail tapi telah dimenangi oleh Sultan Abdullah dengan bantuan Inggeris(1874).Tetapi Sultan Abdullah telah belot kepada tuannya lalu dibunuh Penasihatnya JWW Birch dengan bantuan Datuk Maharaja Lela dan Puntum. Nampaknya peristiwa PEREBUTAN TAHTA di Perak ini terus berulang kembali pada awal abad ke 21 ini. Tetapi bukan tahta yang direbut sebaliknya KERUSI.Kerusi Menteri Besar.Menteri Besar ini macam Residen Inggerislah, cuma dia Residen Melayu. Al kisah tersebutlah riwayat Sang Sultan pun telah membunuh Residen yang sah ini dengan bantuan tuannya UMNO.
ReplyDelete..Betulke?? Sultan-sultan dahulu kala mudah dipengaruhi hanya dengan menyogok perempuan (gundik), candu dan judi?
ReplyDeleteKiranya Sultan Abudullah ni macam MB (UMNO) yang baru... sultan Ismail macam Nizar (PAS)..... tapi Foto tu macam Datok Panglima Garang.......
ReplyDeleteDr.Joe aku menulis ni di Nabila internet setelah talian brondband ku tak berfungsi. Aku keluar selepas solat malam.Nabila internet 24 jam. Tentang pertanyaan itu,MEMANG BETUL.Kadang-kadang aku malu berakyatkan sultan sedemikian. Kalau baca riwayat Sultan Abdullah masyallah.Nauzubillah. Namun begitu ada hebatnya beliau dalam meentang British. walaupun kita tahu apa puncanya beliau bertindak sedemikian. WALLAHUALLAM
ReplyDeletesan, foto tu sikit punye handsome ke. kalau antar TIME Magazine boleh jadi cover tau. Sebabnya aku ni anak cucu cicit Nabi ADAM lebih hebat dari anak cucu cicit datuk Panglima Garang.
ReplyDeletesalam abah,
ReplyDeleteklau abah nak tunjuk perbandingan antara abah ngan sultan abdullah, paparkan gambar sultan abdullah ....akak yang baca pun xboleh gambarkan persamaan itu...kiranya abah pernah menabalkan oleh diri abah menjadi raja behrang..kami anak raja le..
Tuan ada identiti sendiri. Tuan bukan seperti mereka yang dilaporkan. Pada saya, tuan adalah "socrates" dalam dunia seni (imej tu ada)..Berkaitan dengan sikap dan perangai sultan2 dulu kala hanya terletak pada kuantiti semata2. Negara yang paling ramai sultan di dunia? Sepatutnya Tanah Melayu tidak mudah dijajah? Lebih 400 tahun kita dijajah (1511-1957) Harap2 tak dijajah lagi...
ReplyDeleteYa anakku Zulaikha nanti abah paparkan lakaran Sultan Abdullah itu.
ReplyDelete