Thursday, September 17, 2009

Cuti Sabatikal 114-Kembara Bali: TERBONGKARNYA SATU BERITA


17 September 2009 pada hari yang sama dan isu yang sama aku teringat dari mana asal cerita perpisahan ini. Ya baru aku ingat. Aku sering berinteraksi dengan sahabatku Dr.Jo melalui Yahoo Messenger,Facebook atau melalui SMS. Pada suatu hari( minggu ini)kami berinteraksi melalui YM dia menyatakan sesuatu berteka teki:

"itulah kau tak ada"
aku membalasnya,"pasal apa?"
"pasal nak berpecah",
"pecah apa" balasku
katanya, "fakulti nak berpecah"
"ada-ada saja kalau aku tak ada" Gurauku

"Itulah kau tak ada"
"Tak apalah Muzik buat fakulti baru, seni buat fakulti baru"kata ku selamba
"Masalahnya SENI TAK ADA"
"HA?" "Kau jangan bergurau Jo" "IYA"

(perbualan ini betul cuma ayat ini diberitanda sebagai sebuah dialog- penulis)

Dari sinilah aku mula mengetahui isu yang bergolak di Fakulti Seni dan Muzik UPSI itu. Sejak itulah juga aku sentiasa menghubungi sahabat-sahabatku pensyarah seni di UPSI terutamanya Dr Jo dan Mentorku Profesor Dr.Zakaria Ali mengenai perkembangan dan tindakan yang telah diambil.

5 comments:

  1. Saya menjadi "geregetan" membaca dialog Bapak dengan rekan-rekan. Sebagai orang luar saya tetap merasa terikat dengan Bapak-bapak melalui talian bidang kegiatan. Ya kegiatan seni.

    Itulah masalahanya! Seni kita tak pernah kita angkat sebagaimana ilmu pengetahuan lainnya. Posisi seni seperti yang telah "ditetapkan" dalam pandangan orang lain itulah yang kita terima tanpa protes. Padahal, seni yang sejati sama dengan ilmu panetahuan lainnya. Karya-karya yang lahir di dalamnya tetap melalui proses yang sama dengan proses lahirnya ilmu pengetahuan, yaitu melalui pengolahan pikir dan rasa. Ah mengapa para pendukung kegiatan seni selalui dituduh hanya menggunakan rasa semata?

    Pak, coba kita bangun dan tegakkan masalah seni supaya sejajar dengan bagian ilmu pengetahaun lainnya. Biar orang tahu cerita Flash Gordon itu telah menginspirasi penerbangan ulang-alik ke ruang angkasa. Bahwa perkembangan teknologi masa kini, teknologi inderaja, teknologi pandang dengar, teknologi komunikasi jarak jauh, telah lebih dulu menjadi bahasa cerita komik. Apa itu tidak dianggap sebagai buah nalar yang jernih? Yang hebat?

    Ha ha, hanya "gergetan" dari jauh saja Pak. Saya dukung dengan do'a dari jauh.

    ReplyDelete
  2. Saya ngak faham apa maksud "gergetan" pak.Tolong jelaskan.

    ReplyDelete
  3. Geregetan adalah perasaan tidak puas, tidak enak hati, ingin melakukan sesuatu tetapi tidak mampu. Contohnya, ketika kita ingin mengubah sesuatu, kita tahu caranya, tetapi jalan atau kemampuan untuk melakukan perubahan itu tidak ada. Nah, kalau begitu kan menjadi tidak nyaman.
    Seperti sedang menonton sepak bola lah Pak. Kadang-kadang penonton lebih pintar kan? Jadi geregetan.

    ReplyDelete
  4. Sebagai Ketua Jabatan Seni, aku terasa seperti dipinggirkan bila hendak menubuhkan fakulti baru. Dekan tidak pernah memanggil semua ahli Jabatan Seni untuk membincang penubuhan fakulti itu? Apa yang dibincangkan ialah penjenamaan fakulti Seni dan Muzik. Bagai nak rak berbincang dan dua tiga kali dibuat meeting dan dipersetujui ialah Fakulti Kesenian. Tak timbul pula isu nak berpisah seni dan muzik? Tiba-tiba timbul pula cerita dari Dekan Dato' VC bersetuju menubuhkan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan. Di peringkat Fakulti tidak pernah pula dibincangkan apakah tindakan yang perlu dibuat terutama Jabatan Seni? Kemudian Dekan memaklumkan dia bersetuju Seni berada di bawah Fakulti baru iaitu Fakulti Pengkomputeran dan Industri Kreatif. Dengan siapa dia bincang dan mendapatkan persetujuan itu? Selepas mesyuarat Senat, baru perkataan 'Seni' itu dimasukkan. Pihak yang membuat kertas kerja (FTMK)itupun tidak pernah memanggil dan berbincang dengan Jabatan Seni bagaimana hendak bergabung? Jabatan Seni seperti menempel ajalah? Saya mewakili Jabatan Seni ingin mengusulkan nama Fakulti Seni, Industri Kreatif dan Pengkomputeran dengan beberapa justifikasi dan alasan kukuh. Perkara ini akan diajukan kepada Dato' VC. Kita tidak pernah membantah atau menentang penubuhan fakulti baru. Kita menyokong penuh..Tetapi ada kenyataan bahawa 'seni' tidak menyumbang apa-apa kepada UPSI harus diperbetulkan..Terima kasih semua rakan-rakan dan Dr. Suhaimi yang turut membantu Jabatan Seni agar tidak terkubur di UPSI..

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut Idul Fitri 1430 H.

    Semoga segala ibadat Bapak diterima oleh Allah, sehingga Bapak mendapat barakah, maghfirah, dan 'itqun minannaar dari Allah Swt.

    Aamiin ya Mujiibassaailiin!

    ReplyDelete