Saturday, September 26, 2009

Cuti Sabatikal 124-Kembara Bali: B.A.L.I B.E.A.C.H S.A.N.U.R







26 September 2009 pada sebelah petang selepas menunaikan solat asar, aku ke pantai yang tidak jauh dari rumahku. Naik bemo lebih kurang 5 minit sampailah.Tambangnya Rp3000 bersamaan Rm 1.20. Aku memang dah lama tidak pergi ke pantai. Seingatku sudah dua kali aku mandi di pantai sini.Pantai ini boleh dikunjungi melalui jalan yang dinamakan JALAN HANG TUAH. Jalan ini adalah jalan yang penting menghubungi Sanur ke Denpasar. Di kiri kanan jalan ini terutama di Bali Beach terletak Restoran KFC, Masjid Al Ikhsan,Padang Golf Sanur dan hotel mewah. Aku turut merasa bangga nama HANG TUAH Pahlawan Melayu Melaka dinamakan pada jalan yang amat penting dan utama di Bali.

Wah memang ramai pengunjungnya kali ini dari pelbagai bangsa Eropah dan Asia, walau pun pantai ini tidaklah menjadi tumpuan bule. Bule cowok hanya datang ke sini untuk main surfing dan kenoving di tengah laut. Ombak di pantai-pantai Sanur di tengah laut dan bukannya di tepi. Inilah yang menjadi keunikannya. Kanak-kanak lebih selamat mandi di tepi pantainya kerana ombaknya tiada. Walau bagaimanapun angin di tepi pantai Sanur memang kuat dengan deruman ombak di tengah-tengahnya. Aku suka melihat air lautnya yang biru umpama "navy blue" warna korporat UPSI. Ditambah pula dengan jalur warna putih sebagai ombak yang menggulung dan berpecah di tengah-tengahnya. Subhanallah inilah keindahan ciptaan Allah azzawajalla.

Bule cewek tidak berani mandi di sini sebab ramai orang tempatan yang mandi manda di sini. Bule cewek lebih suka di Pantai Kuta, Pantai Legian, Dreamland dan beberapa pantai di Nusa Dua. Mereka ini tidak mahu mandi manda bercampur dengan orang tempatan. Maklumlah mereka tidak selesa dipandang dengan pandangan anih,kerana pakaian mandi mereka yang kecil itu.

4 comments:

  1. Ada dua kemungkinan.Pertama mungkin Hang Tuah pernah mendarat di pantai Sanur.Ini bermakna kena buat penyelidikan yang khusus tentang pengembaraan Hang Tuah di Nusantara. Setahu saya Hang Tuah pernah ke Jawa. Kedua, dan inilah yang kebarangkaliannya, iaitu sekadar menamakan tokoh yang hebat ini pada jalanraya.

    ReplyDelete
  2. salam Dr. Suhaimi..dah lama tak buka dan baca blog..aku bercuti raya...semoga tuan sihat dan gembira hendaknya..

    ReplyDelete