Wednesday, September 30, 2009
Cuti Sabatikal 130-Kembara Bali: G.E.M.P.A B.U.M.I L.A.G.I
30 September 2009 baru sebentar tadi satu lagi gempa bumi yang amat kuat iaitu 7.6 Sekala Ritcher dengan kedalaman 71 kilometer telah berlaku di Pariaman,Sumatera Barat pada jam 17.16( mengikut Dr.Roskang Pariaman itu bermaksud "safe area"). Gempa ini melebehi kekuatan gempa di Jawa dan Bali baru-baru ini. Mengikut Metro TV banyak gedung-gedung yang roboh di bandar Padang. Kemalangan jiwa belum diketahui lagi. Gempa susulan berukuran 6.2 SR baru sebentar berlaku pada jam 17.36 di barat daya Pariaman, Sumatera Barat.
Sepanjang aku berada di Bali ini aku telah mengalami 3 gempa bumi. Paling kuat gegarannya ialah di Bali baru-baru ini sehingga menggegarkan rumahku. Pulau Sumatera, Jawa dan Kalimantan berada di kerak bumi dibawah lingkungan "lingkaran cincin berapi" bila-bila masa sahaja akan meletuskan gerakan bawah bumi yang menyebabkan gempa bumi dan Tsunami tanpa pengetahuan manusia melainkan ALLAH AZAWAJALLA sahaja. Kata Dr.Roskang "Bumi Indonesia menjerit kerana jenazah NOORDIN MAT TOP dibawa balik ke Malaysia pada esok hari 1 Oktober(khamis)"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Gegaran itu juga dirasai di Malaysia..keadaan menjadi kelam-kabut juga, tapi bersyukur tidak ada yang kemalangan jiwa..Beberapa siri peringatan dari Allah kepada hambaNya...semoga tidak ada lagi peringatan itu selepas ini kerana sebagai hambaNya kita tidak mampu mengatasinya...sama2lah kita berdoa..
ReplyDelete