Thursday, September 24, 2009
Cuti Sabatikal 122-Kembara Bali: KETIKA CINTA BERTASBIH
24 September 2009 selepas sarapan pagi di rumah aku membuka laptop untuk mengetahui perkembangan yang berlaku. Aku menjengok blogku dan blog rakan-rakan yang lain,Facebook,Frindster dan YM. Nampaknya cuti Lebaran ini menyebabkan semua blog yang kukunjungi juga bercuti, kecuali Blog Pof.Emeritus Abdullah Hassan. Dia memaparkan You Tube lagu Sayang Serawak, Seri Mersing dan Tudung Periuk. Aku cuba mendengarnya. Ya. Bagus suara biduanita Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza tetapi Suara Ismail Alimuda padaku kurang enak bila dia menyanyikan "Tudung Periuk". Dia lebih berjaya membawa lagu "Berdendang Sayang". Aku cuba respons You Tube itu.(ketika aku melihat blognya pada sebelah petang dia telah pos responsku dengan tajuk "Dr.Shuhaimi menulis dari Bali"). Alhamdulillah,terima kasih prof kerana menyiarkan responsku itu. Setakat ini aku telah lima kali respons bahan-bahan yang disiarkannya.
Selepas aku makan tengahari dan solat Zohor di Restoran Suri Bonda di Jalan Danau Poso,Sanur, aku pergi ke kantor Imigrasi di Renon,Denpasar. Aku menaiki bemo.Aku memang mengetahui dari tuan rumahku bahawa kantor Imigrasi dibuka hari ini. Sayang sekali bila aku sampai ke kantor Visa, kantor itu tutup. Aku terus bertanya kepada staf imigrasi di situ, mereka menyatakan bahagian Visa hanya sebelah pagi sahaja. Aduh aku tidak mengetahuinya. Ini bermakna sudah dua kali aku ke kantor Imigrasi tetapi kecewa.
Setelah kecewa, aku terus ke Jalan Tamrin,Denpasar. Aku teringat kata Suaidi rakanku orang Jawa di Bali. Beliau menyatakan dia telah menonton Filem "KETIKA CINTA BERTASBIH" Part 2. Katanya filem ini bagus. Wah sebenarnya aku telah menonton Filem ini part 1, ketika aku berwisata di Surabaya pada bulan Jun dahulu. Memang jalan cerita ini menarik. Filem kisah cinta pelajar- pelajar Indonesia ketika menuntut di Universiti Al Azhar, Kairo, Mesir. Lokasi filem ini di Mesir dan di Jawa. Aku juga telah membeli dan membaca novel ini yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy seorang sarjana dari Universiti Al Azhar. Novel ini telah mendapat sambutan hangat dari peminat sastera Indonesia sehingga ramai tokoh-tokoh penulis menganggapnya sebagai Tsunami dalam perkembangan kesusasteraan moden Indonesia. Novel ini tidak sampai setahun telah terjual 150,000 naskhah. Pada tahun 2008 telah 12 kali novel ini dicetak semula. Novel yang dianggap MEGABESTSELLER di Indonesia ini adalah novel pembangun jiwa Islami. Cinta melalui pendekatan Islam. Inilah novel pertama yang saya hayati melalui pendekatan ini.
Sebuah lagi novel Indonesia yang hangat diperkatakan dan sangat bagus untuk dibaca ialah "Laskar Pelangi" ditulis oleh Andrea Hirata. Novel ini telah aku beli dan baca di Malaysia 2 tahun yang lalu. Kisah perceritaan kanak-kanak sekolah pasenteren yang daif tetapi mempunyai jiwa yang besar untuk mengangkat darjat sekolah mereka. Di Bali aku telah membeli DVD dan menontonnya.
Novelis Habiburrahman El Shirazy telah meletopkan dunia kesusasteraan moden Indonesia dengan novel "Ayat-Ayat Cinta" iaitu novel terdahulu dari novel ini. Saya telah membaca dan menonton Filemnya. Masih berkisar kisah Cinta Islami pelajar-pelajar Indonesia di Universiti Al Azhar. Waduh aku sering bertanya bilakah ada novelis Malaysia yang mampu berbuat demikian? Yang ada ialah novel-novel cinta yang "lagho". Dalam bioskup( pawagam) aku mengalirkan air mata bila melihat episod jenazah ibu Azam terbaring dikelilingi oleh anak-anaknya. Maaf aku sering menangis bila menonton filem-filem yang mengharukan. Ketika menonton filem itu, aku juga terfikir-fikir bilakah pula CINTAKU BERTASBIH semula dengan wanita-wanita yang berjilbab,solehah dan sakinah ini. Malah aku sering membayangkan heroin itu Anna Althafunnisa yang solehah, ayu dan sakinah itu menjadi permaisuriku setelah hampir dua tahun aku menduda.Amin.
Oleh kerana tidak ada "sign" melarang merakam atau mengambil foto (yang ada cuma simbol dilarang merokok), jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mengmbil foto beberapa episod dalam filem ini. Jadi gambar-gambar yang anda lihat dalam blog ini adalah gambar yang kurakamkan dalam bioskup(pawagam).Lihat tanda merah dilarang merokok pada bahagian bawah gambar tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kaseh kerana menjadi ayah kami selama ini...
ReplyDeletebelajarlah menjadi ayah yang soleh....
ayat-ayat cinta??cerita malaysia lagho??(berbanggalah jadi orang malaysia,, behrang kan..jangan kat sana dah berbulan dah tak ingat tanah tumpah sendiri)
semua filem, lakonan dan novel adalah lagho..
kita juga yang tertipu dengan watak yang mengharukan, menyedihkan, menyentuh..
padahal ianya adalah watak yang dicipta untuk memanipulasikan, melalaikan kite dan membawa untung pada orang lain bukan,.
nah, kite gak yang bodoh di sini....
jangan ditangisi babak ciptaan si pengaut untung yang menyedihkan...
babak sebenar dalam kehidupan dilupakan...
Assalammualaikum.
ReplyDeleteSalam Eidulfitri...sungguhpun takbir tidak lagi dilaungkan.
Ketahuan juga tuan bahawa selama ini yang dinamakan rakan cuma untuk bergembira jua atau menumpang populariti tuan mungkin...
Mencari tuan untuk mengisi lipur laranya mereka?Ke manakah mereka itu?Bercuti dan akan menghubungi tuan dalam waktu bertugas nanti...insyaallah. Secara profesionalnya apakah itu termasuk dalam SKT mereka?Eloknya tuan jangan terlalu asyik sementelah tuan bercuti.
Saya terkedu dengan komen anakanda tuan"Semak-semaklah diri dan carilah babak sebenar dalam kehidupanan yang dilupakan" itu.
Salam Aidil Fitri Sahabatku.Mohon Maaf Zahir dan Batin.Sahabatku,benarkah ayat-ayat kasih itu yang mahukan engkau mencari babak sebenar dalam kehidupan yang dilupakan?
ReplyDeleteSahabatku,engkau butuhkan cinta melalui pendekatan Islam.Inginkan cintamu bertasbih semula dengan wanita-wanita solehah,ayu dan sakinah?Sebagai lelaki kita sentiasa hendakkan wanita yang baik sebagai permaisuri hidup sedangkan kita tidak pula bersungguh-sungguh jadi lelaki soleh?Engkau akan kecewa dan menduda lagilah sahabatku andainya selalu membayangkan wanita-wanita itu sebagai isterimu dan tidak reda dengan pemberiaan Allah. Ingatlah sahabatku,lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik pula untuk lelaki yang baik.Bagaimana pula hidup menduda engkau dengan zaman bujang dulu?