Wednesday, September 30, 2009
Cuti Sabatikal 129-Kembara Bali: O.P.E.R.A.S.I R.U.M.A.H
30 September 2009 selepas sarapan pagi- makan nasi sambal petai ( aku masak sendiri), aku mengemas rumah. Dari bilik air ke bilik tidur ke ruang tamu hinggalah ke dapur aku cuci. Wah memang eksesais yang bagus. Peluh memancar-mancar membasahi lantai. Maklumlah dah lama tak eksesais.Sebenarnya rumahku sentiasa bersih tapi kali ini aku "ekstra bersih" sebab ada dua orang tetamu yang akan datang esok. Tunggulah siapakah tetamu itu? Seorang datang siang, seorang lagi datang malam. Agaknya mereka masing-masing tidak mengetahui ya? Insyaallah aku akan dua kali ke bandara (bandar udara-lapangan terbang)Ngurai Rai,Denpasar esok.
Kedatangan mereka adalah atas urusan rasmi sebagai mewakili UPSI untuk menghadiri SEMINAR INTERNASIONAL KHAZANAH SENI RUPA NUSANTARA yang dianjurkan oleh UNIVERSITAS PENDIDIKAN GANESHA(UNDIKSA),SINGARAJA sebagai pembentang kertas kerja dan peserta. Aku juga akan membentangkan kertas kerja bertajuk PERANG PERAK: SATU MANIFESTASI VISUAL dalam seminar itu. Melalui blog http://rupasenirupa.blogspot.com,mengikut Pak Jajang (dosen Senirupa Undiksa) aku juga disepakati oleh jawatankuasa sebagai moderatur untuk beberapa sesi pembentangan. Insyaallah tidak menjadi masalah kepadaku kerana sudah biasa melakukannya.
Ini bermakna sepanjang empat bulan aku di Bali aku telah menghadiri dua seminar besar iatu KONVENSYEN DAN FESTIVAL INTERNASIONAL BUDAYA BALI UTARA dan SEMINAR INTERNASIONAL KHAZANAH SENIRUPA NUSANTARA serta PAMERAN SENIRUPA BULIAN anjuran UNDIKSA . Aku juga telah menghadiri Perasmian PESTA KESENIAN BALI KALI KE 3I oleh Presiden Indonesia Bambang Susilo di Denpasar serta menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan dan kesenian dalam pesta itu. Malah aku cukup bertuah kerana banyak menyaksikan upacara kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk Bali sama ada penganut Hindu atau Muslim. Semuanya itu adalah data-data yang membantuku untuk menulis penyelidikan yang sedang aku jalani ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah kepada tuan yang begitu rajin..kadang-kadang apa yang dilakukan itu memberikan kita semangat untuk terus hidup dan merasai kebahagiaan itu..nikmatilah hidup ini dengan penuh kesabaran..kerana ujian demi ujian akan datang setiap masa...sebagai sahabat aku tetap mendoakan kebahagiaanmu...
ReplyDelete