Wednesday, September 9, 2009
Cuti Sabatikal 107-Kembara Bali: Line Broadband Terputus
9 Sepetember 2009 hampir 4 hari aku tidak dapat menjengok blogku dan melihat email,fiendster,Facebook dan YM setelah penulisan blog terakhirku "Berita Tanahair". Empat hari 6, 7, 8 dan 9 September 2009 aku duduk di rumah, mengemas rumah, masak dan melayan tetamu Rofiq yang datang ke rumahku sambil berbuka puasa. Beliau sering saja membawa buah tangan bila datang kerumahku. Aku sudah menganggap dia, isteri dan anak-anaknya macam keluargaku sendiri. Alhamdulillah malam ini aku tidak menyangka talian brondbandku telah kembali pulih. Hari ini aku membuka blog Pak Jajang http://rupasenirupa.blogspot.com setelah beliau mengomen blogku. Pak Jajang adalah dosen(pensyarah) seni rupa Universitas Pendidikan Ganesha,Singaraja,Bali. Beliau meminta aku menyerahkan kertas Kerja untuk Seminar Internasional Khazanah Senirupa Nusantara. Katanya tarikh seminar telah terlalu hampir iaitu 2-3 Oktober 2009 sedangkan aku masih belum lagi menghantar kertas kerja. Oh..aku hampir-hampir lupa dengan tarikh seminar itu, aku ingat masih lama lagi. Insyaallah aku akan segera menyiapkannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalammualaikum.
ReplyDeleteKetahuilah wahai teman,Raqib dan 'Atid adalah dua malaikat yang mencatat segala sesuatu iaitu kebajikan dan kejahatan:
Firman Allah SWT:
"Tiada suatu katapun yang diucapkan(manusia)melainkan di depannya(dicatat) oleh malaikat pengawas yang selalu hadir"(Surah Qaf:18)
Terima kasih sdr Jayjay atas ingatan itu. Iya kita sebagai manusia Muslim wajib sedar atas tindak tanduk kita seharian.
ReplyDeleteOk juga Rofiq datang dengan famili... tak sunyi. sekarang kecoh Ganyang Malaysia dalam berita TV di sini. Ada kumpulan menahan bas mencari orang Malaysia dan mengambil paspot.. mereka bercadang nak serang Malaysia. Seorang Prof dari UM mencadangkan agar kerajaan Malaysia membuat tindakan agresif isu ini. kalau senyap maka akan menjadi lebih merbahaya... saya kira Dr di Bali tidak tertekan berbanding pelajar di Jakaarta.....
ReplyDeleteInsyallah saya aman di sini. Orang Bali baik-baik semuanya, mereka sangat menghargai tetamu orang luar seperti saya. Di Sanur mereka kenal saya orang Malaysia. Tiap kali membeli belah atau makan di restoran mereka saling menyapa saya malah saya pun begitu. Kerap juga soalan-soalan seperti itu ditanyakan.Alhamdulillah saya bisa menjawabnya dan mereka puas hati. Ngak ada apa-apa sih.
ReplyDelete...bentang jgn tak bentang...kami, insyaallah.
ReplyDelete