Monday, September 28, 2009

Cuti Sabatikal 127-Kembara Bali : K.E.T.I.K.A C.I.N.T.A B.E.R.T.A.S.B.I.H kali ke 2



28 September 2008 Suaidi datang ke rumahku. Aku meminta tolong memasukkan foto-foto harirayaku dalam Facebook. Setelah selesai kami ke Denpasar makan dan minum. Aku telah lama tak makan bakso. Wah kali ini memang enak baksonya, cuma sedikit pedas. Selepas itu aku dan Suaidi ke bioskop sekali lagi menonton filem KETIKA CINTA BERTASBIH part 2 di Denpasar. Sementara menunggu masuk maghrib dan tayangan bermula, aku duduk berbual-bual di bangku yang tersedia dengan dua orang gadis Bali yang kebetulan akan menonton filem yang sama. Salah seorangnya ialah pramaguri Air Asia namanya Vernandesh ( foto sebelah kiri berbaju kuning) dan beliau biasa ke Kuala Lumpur kerana bertugas dengan pesawat Air Asia dari Denpasar ke Kuala Lumpur. Aku sempat merakamkan wajahnya yang jelita itu. Aku juga meminta izin untuk memasukkan fotonya dalam blogku. Alamat blogku http://orangbehrang.blogspot.com dan emailku suhaimie.noor@yahoo.com kuserahkan padanya. Aku masuk lewat ke bioskop setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah di Musolla yang disediakan di tingkat atas bioskup.

4 comments:

  1. Kita mempunyai impian yang tidak terbatas.. kadang2 impian itu dibatasi oleh batas2 sempadan...Batasan itu merangkumi batas-batas yang terbatas....(aduhai banyaknya batas?)

    ReplyDelete
  2. dan batas2 itu tetap dilalui
    kuat imannya terus ia berjalan
    lemah imannya terjerat terhenti impian..

    masih sempat melihat wayang..
    wangnya dkirim pun belum
    ada hati habiskan wang

    ReplyDelete
  3. anak yang baik sentiasa mempunyai prasangka baik dengan abahnya dan tidak lekang di bibir mereka dengan doa-doa semoga abah menemui kebahagiaan setiap masa...bersyukur Dr.Suhaimi kerana mempunyai anak2 yang baik yg sentiasa mendoakan kebahagiaan itu..tanpa ibu dan abah, siapalah kita?

    ReplyDelete
  4. kami mendoakan abah sentiasa bahagia
    tapi malang bahagianya bukan kerana kami
    bahagianya kerana rasa sendiri
    itu bukan prasangka
    itu kenyataannya
    kenyataan yang semua boleh lihat
    ya....
    tanpa ibu dan abah siapalah kita
    tapi perlu diingatkan
    kita tanpa allah
    baru tidak ada ertinya

    ReplyDelete