Sunday, September 27, 2009

Cuti Sabatikal 126-Kembara Bali: S.Y.A.W.A.L.A.N






27 Sepetember 2009 jam 5 sore Rofiq datang menjemputku di rumah.Dia telah sms ku untuk menjemputku ke majlis SYAWALAN yang diadakan di Bali Beach,Sanur. Majlis ini adalah acara tahunan yang disambut oleh kaum Muslimin Denpasar pada hari ke lapan seminggu selepas lebaran di tepi pantai Sanur mulai jam 5 sore sampai ke Maghrib. Dalam majlis ada acara berkelah sekeluarga dengan bekalan yang dibawa, sambil bermain dan mandi manda di laut, berkenoing atau apa saja yang difikirkan yang boleh menggembirakan mereka. Acara tradisi ini mengundang puluhan ribu manusia Muslim yang datang berkunjung ke pantai tersebut. Memang terlalu ramai dan penuh sesak dengan manusia. Jalan Hang Tuah yang menjadi laluan utama ke pantai itu "macet" dengan kenderaan sepeda motor dan mobil. Aduh aku terkepung dengan kepadatan manusia itu. Alhamdulillah Rofiq dan keluarga membawa bekalan nasi, lauk pauk dan minuman untuk kami santapi nanti.

2 comments:

  1. salam, aku cuti panjang dan tak sempat ikuti perkembangan tuan di Bali, nampak seronok dan meriah pesta tu..sayangnya aku tak kesempatan ke pantai sanur?

    ReplyDelete
  2. Nanti kalau kau datang lagi kita boleh mandi di pantai Sanur. Pantai ini mengadap Gunung Agung. Bagi Masyarakat Hindu Bali, gunung ini dianggap keramat.Dah dua kali dia meletuskan laharnya sehingga ramai yang tewas

    ReplyDelete