Friday, September 11, 2009

Cuti Sabatikal 109-Kembara Bali: Menyiapkan Kertas Kerja






11 dan 12 September 2009 aku sibuk menyiapkan kertas kerjaku yang bertajuk PERANG PERAK: SATU MANIFESTASI VISUAL. Sayangnya talian brondbandku Flash Telkomsel sangat bermasalah. Walaupun dinyatakan unlimited tetapi rupa-rupanya limited. Dua hari ini aku berada di Nabila Internet menyiapkan kertas kerja itu. Di Nabila Internet ini tidak ada masalah kerana menggunakan kabel. Lagipun ia berhampiran dengan musolla jadi aku senang menunaikan solat di situ. Aku sertakan lakaran taswir Sultan Abdullah karya said Ahmad al Kudri atas permintaan anakku Zulaikha. Dalam blog terdahulu aku menyatakan wajahku mirip Sultan Abdullah.

6 comments:

  1. hah hah hah ...inike kembar abah yg hidup pd abad 19...abah mati hidup balik pun rasanye tak sama...garangnye.
    Abah, pe tu taswir Tengku Abdullah?

    ReplyDelete
  2. Taswir dalam bahasa Arab bermakna gambar dalam bahasa Melayu

    ReplyDelete
  3. Assalamu alaikum.

    Semoga Tuan sihat-sihat dan tidak ada masalah dengan diabetes. Di bali banyak yang manis.

    Hantarkan makalah Tuan kepada saya supaya dapat saya siarkan dalam laman IPM.

    Dan apabila pulang ke UPSI, buatlah penyelidikan di IPM.

    Prof. Emeritus Abdullah Hassan

    ReplyDelete
  4. Insyallah saya akan hantar makalah ke IPM nanti. Tentang jemputan penyelidikan itu saya sangat berbesar hati untuk menyertainya. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Amat tidak disangka seorang Prof Emeritus sudi mengunjungi dan memberi ulasan.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum.
    Tuan,artifak perang dan gambar foto yang banyak terkandung dalam beberapa laman web Perang Perak mungkin boleh membantu tuan bagi menonjolkan satu manifestasi visual(perbandingan antara ilustrasi/taswir dengan bahan sebenar).

    ReplyDelete
  6. Terimaksih Jayjay kerana saranan itu. Insyallah saya akan lihat laman web itu nanti bagi membantu penulisan kerja kerja saya

    ReplyDelete