Monday, September 14, 2009

Cuti Sabatikal 111-Kembara Bali: S.E.L.E.S.A.I @ S.E.L.E.S.A. I



14 September 2009 aku sepenuh masa bertungkus lumus menyiapkan kertas kerjaku yang bertajuk PERANG PERAK: SATU MANIFESTASI VISUAL. Alhamdulillah aku dapat menyempurnakannya pada jam 12.00 tengahari setelah empat jam menyiapkannya tanpa henti ditambah dengan beberapa hari sebelumnya. Selepas solat zohor jam 12.30 tengahari, aku ke Nabila Internet untuk urusan email. Aku tidak dapat mengemail kertas kerjaku melalui talian brondband Telkomsel unlimited ini kerana ia selalu terputus sehingga membosankanku. Di Nabila Internet aku cuba mengemail kertas kerja itu tetapi sampai 5 jam aku tidak dapat melakukannya. Pada hal sku dibantu oleh staf di pusat Internet itu yang sangat berkemahiran dalam bidang komputer. Akhirnya aku dibantu pula oleh majikan pusat itu. Ia tahu masalahnya iaitu saiz gambar terlalu besar dan berat. Ia cuba memisahkan satu demi satu gambar itu serta mengecilkankan saiznya kepada 2 megabait setiap satu. Beliau meminta aku mengemail satu persatu. Maknanya satu muka surat setiap kali email. Aku cuba berbuat demikian tetapi masih terlalu lambat untuk berjaya. Aku solat Asar di pusat itu sementara menunggu mereka menyelesaikan. Sehingga jam 6 petang kertas kerja itu masih tidak dapat diemailkan sedangkan waktu berbuka semakin dekat. Aku terpaksa meninggalkan kerjaya baruku sebagai CHEF hari ini kerana kesuntukan masa dan berbuka puasa di warung Madiun sahaja. Akhirnya aku membuat keputusan yang lambat. Aku menelefon Pak Jajang( dosen senirupa UNDIKSA selaku urusetia seminar itu dan menyatakan masalah yang aku hadapi. Akhirnya kata putus telah kuambil iaitu aku email sahaja kertas kerja itu tanpa gambarnya dan ketika membentangnya nanti aku sertakan gambarnya sekali. Pak Jajang bersetuju dengan cadanganku. Akhirnya aku berjaya mengemail kertas kerja beserta abstraknya sekali tanpa visual. Akhinya SELESAI@SELESA I

2 comments:

  1. Fffuuuuuulamak.... hebat sekali bapak menyiapkan makalah tu... manifestasi visual tu yang menarik minat saya untuk mengikuti..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.
    Tahniah tuan telah berjaya menyempurnakan satu tugasan sambilan/sunnat yang dapat membantu dan menyokong ke arah kesedaran khalayak terhadap seni visual terutama dalam membicarakan sejarah tanah air.

    "Dengan menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
    Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya dan apa saja yang yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha bijaksana" (Fathir: 2)

    ReplyDelete