Tuesday, September 29, 2009
Cuti Sabatikal 128-Kembara Bali: PERPUSTAKAAN NASIONAL
29 September 2009 aku dijemput oleh Suaidi di rumahku jam 10 pagi ke perpustakaan Nasional, Denpasar. Inilah pertama kali aku masuk ke perpustakaan itu. Selama ini aku hanya melawat muzium dan galeri sahaja. Aku memang mengetahui letak kedudukan perpustakaan nasional ini tetapi aku bimbang tidak dibenarkan masuk sebab aku tidak mempunyai KTP-Kartu Tetap Penduduk. Aku hanyalah orang asing yang mempunyai Visa Kunjungan sahaja. Mengikut Suaidi tidak mengapa, kita masuk sahaja. Aku masuk ke perpustakaan ini membelek buku dari satu rak ke satu rak. Hampir semua bukunya dalam Bahasa Indonesia. Buku-buku asing juga diterjemah ke dalam Bahasa Indonesia. Tidak ada satu pun buku dalam Bahasa Malaysia.
Inilah salah satu kelemahan perpustakaan Indonesia.Di Perpustakaan Nasional Malaysia terlalu banyak buku-buku dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia dan buku-buku bahasa asing yang lain. Pengguna pelbagai bangsa boleh menggunakan pelbagai jenis buku daripada pelbagai jenis bahasa. Malah yang paling lemah ialah sistem pengesanan buku. Teknologinya amat kurang penggunaan komputernya sangat terhad. Mikro filemnya juga tidak ada. Aku melihat Perpustakaan Nasional ini barangkali perpustakaan awam di Malaysia 20 tahun dahulu yang hanya menyediakan lembaran-lembaran kertas sahaja. Stafnya ramai tetapi kurang bermakna hanya bising melakukan kerja. Penggunanya membaca buku sebaliknya pekerjanya pula yang bising.
Aku menyuarakan hal ini kepada Suaidi. Malah ku ceritakan pada Suaidi Kedai buku BORDERS di Kuala Lumpur dan Penang, bukan sahaja pengguna boleh membeli buku, tetapi juga boleh membaca buku di situ, di ruangan tempat duduk yang disediakan malah boleh menjamu selera di kafe yang disediakan. Dia tercengang bila kuceritakan hal itu.
Banyak perkara Indonesia perlu belajar dari Malaysia. Jangan malu walaupun Malaysia pada anggapan Indonesia adalah adik kandung tetapi adik kandung ini cepat membesar, dewasa dan matang mengatasi jauh abang kandungnya. Sepanjang saya berada di Bali dan kerap mengunjungi Jawa dan Sumatera banyak kelemahan yang saya lihat dari sistem pentadbirannya. Kantor Imigrasi paling lemah. Di Malaysia visa boleh diperolehi dalam masa satu hari dan pasport paling lama 3 jam tetapi di Indonesia tidak begitu, visa berhari-hari malah terlalu cerewet. Kantur perpustakaan nampaknya perlu banyak diperbaiki. Sistem pendidikannya, sistem jalanraya, sistem teknologi komunikasi banyak yang perlu dipelajari dari Malaysia. Indonesia tidak perlu belajar jauh dari Amerika atau dari Jepang, belanjanya mahal. Datang sahaja ke seberang( Malaysia) paling dekat, lihatlah sendiri kenyataannya. Ya aku teringat kata-kata Bos atau Taukeh Nabila Internet( orang Islam). Dia belajar komputer di Petaling Jaya puluhan tahun dahulu dan sekarang dia menjadi usahawan yang berjaya membuka pusat Internet paling popular di Sanur hasil dari pembelajarannya di Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ada sifat egoism (tegar) dalam diri abang kita tu..maka untuk merujuk adik yang dianggap tidak pandai itu sukar sekali...mereka tidak pernah mahu belajar dari pengalaman lampau..tetapi mereka jua ada kekuatan dan kelebihan..iaitu mengeksport manusia (PATI) dan segala macam bentuk drama2 TV(sampah) kepada kita..seronok juga orang2 Malaysia menonton setiap hari..? (Harus dibuat pembetulan: kita tidak pernah menganggap mereka sebagai abang kandung..)
ReplyDelete