Friday, September 4, 2009

Cuti Sabatikal 105-Kembara Bali:Santai di rumah


4 dan 5 September 2009 aku santai di rumah saja. Bulan Ramadhan ini pergerakanku agak terbatas. Aku sentiasa keletihan, maklumlah berpuasa apatah lagi aku pengidap diabetes dan ghout tegar,sering kehausan. Aku gagahkan juga berpuasa. Setakat ini selama 15 hari aku masih mampu berpuasa. Alhamdulillah. Aku sibukkan diriku dengan membuat penyelidikan di rumah, kerja-kerja rumah dan ibadat yang lain. Kadang-kadang bila sunyi ni teringat anak-anak. Gurau senda dan gelagatnya.Ialah sudah hampir 2 tahun aku berpisah dengan bekas isteriku. Aku jarang sekali menemui anak-anakku. Mereka tinggal dengan ibunya di Taman Happy,Tanjung Malim,Perak. Sebelum aku bercuti 9 bulan di Bali aku datang ke rumahnya menemui anak-anakku.Iya mereka telah besar. Yang sulung Zulaikha ( 22 tahun) sedang menuntut di Tahun 2 Fakulti Seni dan Muzik, UPSI dalam progrem ijazah Pendidikan Seni, Yang tengah Ali Shariati( 20 Tahun ) sedang menuntut di Tahun 2 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam progrem Diploma Seni Halus. Manakala yang bongsu Zuwaidah( 16 tahun ) sedang menuntut di Tingkatan 4 di Sek.Men.Keb.Methodist,Tg. Malim, Perak. Mereka ini baik dan pintar-pintar diasuh oleh ibunya. Aku amat jarang mendidik anak-anak sekadar melihat mereka membesar di hadapan mata.

19 comments:

  1. Nasib baik pengidap diabetis tegar, kalau penagih dadah tegar lagi siksa........ apapun tahniah kerana masih mampu bertahan.... sapa yang snap gambar tu eak.... macam pernah nampak jer....

    ReplyDelete
  2. DR, ingat ya! anak itu amanah dari Allah eski gak bersama DR. tapi pendidikan anak itu masih penting, jangan sampai kita meningggalkan gnerasi yang lemah

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum..Dr suhaimi
    sya stdnt Dr..dah lama tak tengok Dr..
    macam2 cite yang saya tak tahu
    saya bekas stdt Dr..last year abis stdy
    sy satu clas dgn adip hamzah, adiah dan lain2

    ReplyDelete
  4. saya ingin bertanya pendapat Dr..
    saya ingin mula buat painting oil colour..
    subjek sy manggis..sy penah buat painting manggis dan catan batik manggis utk stdnt lanjutan batik..catan batik sy telah berjaya terjual semasa buat pameran di galeri shah alam...

    ReplyDelete
  5. Tahniah Manggis kerana karya manggis terjual. Mau bikin oil panting bertemakan manggis bagus sekali kerana konsisten dengan tema itu. Tapi kena fikirkan apa style yg dipilih realismekah atau abstrak atau imepresionisme,pop art atau ekspresionisme. Kemudian teknik apa yang perlu dipakai, impastokah,mixmediakah atau ekspresifkah bergantung kepada minat dan skill anda. Cuba studi melalui buku-buku atau melihat pameran-pameran dari situ boleh dapat ilham.

    ReplyDelete
  6. Aku bersyukur kalau engkau ingat tanggungjawab engkau, dan aku bersyukur mempunyai seorang isteri yang dapat menemani aku dikala kesunyian dan menjadi peneman dikala aku rindu walaupun sudah pasti, tiada yang sempurna. Aku tiada pengalaman duda, tapi aku boleh berkongsi dengan engkau keperitan ditinggalkan ayah. Engkau jangan lah biarkan anak2 engkau dihina dan diejek seperti aku di atas segala perbuatan tidak bertanggungjawab ayahku. setiap perbuatan beliau sering dilaporkan jiran kepada ibuku, dan teman2 ku seolah menyindir bila bapa ku lepas tangan seolah2 tiada tanggungjawab, asyik dengan keseronokan dunia dan bersukaria bersama teman2nya. Duit ringgit seolah-olah perlu meminta sedekah padanya setiap kali sedangkan itu tanggungjawabnya. Aku kesiankan ibuku yang tidak bekerja. Aku ingat setiap kali sambutan lebaran disambut dengan penuh hambar dan serba kekurangan. Aku amat kesal semua itu, dan aku harap engkau tidak akan menanggung keadaan dikesali oleh anak-anakmu di atas segala perbuatan engkau. Bagaimanapun, aku bersyukur semua ini menjadikan aku lebih tabah dan menghargai seorang wanita.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sdr Syfaisal atas ingatan itu. Aku memang tiap2 bulan mengirimi belanja anak2 melalui arahan Bank. Aku tidak mahu mereka menderita kerana perpisahan kami.Jodoh kami sampai di situ. Aku dan x wifeku pun menyediakan tempat tinggal dan kemudahan yang sepatutnya yang mereka perolehi. Aku tidak kisah sangat di mana aku tinggal sekarang. Memang hidupku sejak bujang lagi tidak betah duduk di rumah. Masjid, balairaya, kedai,stesen kretapi, klas,hutan dan di mana saja aku bisa tidur. Lagi pun umurku pun dah lebih separuh abad ( 53 tahun) menunggu panggilan sahaja lagi...( cuma amalannya saja masih terlalu kurang)

    ReplyDelete
  8. Cara engkau tulis ini seolah-olah engkau seorang yang baik, tapi aku harap engkau tidak tertipu dengan perasaan sendiri. Engkau sendiri mengaku amat jarang sekali melihat mereka, ini amat kukesali. Mereka di peringkat menengah dan universiti kawanku, bukan cukup sekadar duit yang engkau bank-in tiap2 bulan. Perbelanjaan skrg bukan mcm zaman dulu kawan, semua perlu kan wang, apatah lagi di peringkat mereka skrg. Tidak besar lah duit itu wahai kawan, jika berbanding dengan perhatian dan kasih-sayang yang patut engkau berikan. You have to really think about this, brother. I know deep inside you, you love your kids, but saying is not enough. You need to show that you really love them, that you care for them, and you are willing to sacrifice for them. I know who you are and I can say that your kids are not your priority. Anyway I hope I'm wrong, and I really hope that you can proof that I'm wrong. Memang kematian sesuatu yang pasti dan tidak diketahui bila, tp biarlah disaat kematian itu kita terlepas dari kekesalan, kesilapan dan kesalahan atas segala apa perbuatan kita.

    ReplyDelete
  9. Sdr NorAzman ( maaf kalau tekaan saya salah) saya ucapkan ribuan terima kasih atas ingatan itu. Saya akui wang bukanlah segala-galanya malah sekarang ni perbelanjaan pun makin meningkat.Tetapi itu sahaja yang saya mampu. Memanglah kasih sayang tidak sekadar di mulut sahaja tapi dengan perbuatan. Di sinilah kelemahan saya sebagai ayah kepada anak-anak. Mereka miskin kasih sayang dari saya....

    ReplyDelete
  10. terima kasih terlebih dahulu kepada syfaisal dan airvoice kerana mengingatkan abah kami...

    ReplyDelete
  11. abah, nape tuakan umur kami..akak baru 21 tahun,ali baru 19 tahun...tuelah abah jauh sangat dengan kami, dulu di upsi beberapa meter je dari umah tapi susah nak jumpa..mcm artis jalanan je susah nak temui...

    ReplyDelete
  12. You have to change now, brother! Change before it's too late... Zulikha + Ika, I believe you are a strong girl. Be strong, and make lot of doa especially when we are in this month of Ramadhan.

    ReplyDelete
  13. abah,
    nape tetiba sunyi teringat anak?..kalau sunyi nape abah tak call atau balas sms kami...abah teringat kami sebab tak terima lagi duit belanja bulanan yang abah kata dah bank in ker...are we not your priority? can you proof that syfaisal wrong?

    ReplyDelete
  14. abah, kasih sayang itu..
    rebutlah peluang bersama dengan kami...jgan biarkan kami miskin kasih sayang...

    ReplyDelete
  15. ..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    ReplyDelete