Sunday, September 6, 2009

Cuti Sabatikal 106-Kembara Bali: Berita Tanahair


6 September 2009 sebelah paginya selepas bangun tidur aku melihat bintik-bintik merah di seluruh badanku. Aku rasa aku elejek dengan makanan, aku tak tahu makanan apa yang aku makan, melainkan 2 hari lepas aku makan udang dan sotong. Bintik-bintik ini menyebabkan aku gatal dan kerap menggaru aku membuka laptop melihat internet. Cuba mencari berita-berita mengenai tanahair. Aku mengklik Harakah Daily, Utusan Malaysia dan Berta Harian. Talian broadbard di Sanur, Bali tempatku tinggal tidak berapa bagus selalu sahaja terputus. Tengah asyik menulis atau melihat email atau berita selalu sahaja terganggu, malah ketika download foto kerap terputus, terpaksa berulangkali melakukannya lagi. Pernah sampai lima kali aku melakukan kerja yang sama. Aku memang sudah lama tidak mengikuti perkembangan yang berlaku di Malaysia. Nampaknya satu lagi Pilihanraya kecil akan diadakan di Malaysia , bila ADUN Teluk Kemang Sdr. Azman (ADUN dari UMNO)telah pulang ke Rahmatullah. Setakat ini telah 8 kali pilihanraya kecil telah diadakan dan Pakatan Rakyat telah memenangi 7 manakala BN 1 di Batang Ai.

5 comments:

  1. Assalaamu 'alaikum,
    Lama tak bersua! Saya kerap baca blog Anda. Hebat rajin ganti kulit. Supaya segar?

    Pak Suhaimi. Jaga kesehatan ah. Saya tunggu naskah untuk Seminar Khasanah Seni Rupa Nusantara. Waktunya sudah dekat lho.

    Sekali-kali berkunjunglah ke blog saya: rupasenirupa.blogspot.com; bali-prasi.blogspot.com; dan senirupanusantara.blogspot.com.

    Wassalam,
    jesuryana@gmail.com

    ReplyDelete
  2. ...ooo..udang dan sotong....dah baik ke belum?...ngak jumpa doktor?...apa2pun moga segera sembuh...

    ReplyDelete
  3. Bintik-bintik merah dan gatal tu adalah masalah kencing manis... gula dah lebih dalam darah.. sila baca dalam berita harian: http://www.bharian.com.my/Sunday/Sihat/20090906074356/mainpix .

    macam nak balik ke Malaysia je.... anak dah merayu tu...

    ReplyDelete
  4. anak2 telah menyuarakan rasa hati mereka.. apa lg yg ditunggu. Bayangkan raya yang tak berapa hari lg... harap2 tu engkau uruskan lah apa yang tak terurus lg tu....

    ReplyDelete
  5. ...semoga terus sihat...xdpt nak balas msg...hp ada prob...raya tak balik kmpong ke?

    ReplyDelete