Wednesday, September 2, 2009

Cuti Sabatikal 103-Kembara Bali:BERITA TERKINI GEMPA BUMI



2 September 2009 berita ini kutulis jam 7.25 malam. Sedang aku tidur jam 3.30 petang gegaran berlaku beberapa saat. Aku tidak pasti apakah itu. Isteri tuan rumahku menyatakan gempa bumi. Aku buka laptop melihat berita dalam internet. Ya..GEMPA BUMI DI TASIK MALAYA di Pulau Jawa dengan gegaran 7.3 Sekala Ritcher. Ini gempa bumi yang kuat. Aku saksikan lagi berita-berita dalam internet,ya banyak kerosakan bangunan di BANDUNG dan SUKABUMI malah memakan korban.Jumlahnya belum pasti lagi. Bangunan awam dan kerajaan banyak yang musnah termasuk Hotel Hyatt di Bandung yang megalami kebocoran kolam mandi di tingkat 3 manakala dinding hotel banyak yang retak. Tetamu hotel lari lintang pukang keluar hotel.Aku kira banyak lagi yang musnah. Insyallah aku akan menonton TV tengah malam ini untuk mengetahui berita selanjutnya. Nasib baik tak gempa bumi di Bali...kalau tidak dengar berita ajele...( berita terkini sehingga jam 9 malam ini melalui TVRI, 15 orang terkorban di cianjur dan Sukabumi, ramai lagi yang tertimbus dan puluhan yang luka-luka).(..berita terkini jam 9.40 malam, 23 yang tewas).

2 comments:

  1. Berita itu juga dapat dikabarkan dalam AWANI dan TV3, mengenai berita mengoyakkan bendera... PM Najib menjawab hal itu adalah perbuatan segelintir. Protes itu disebabkan mereka tak puas hati Malaysia mempromosikan pelancungan Malaysian dengan menunjukkan tarian Bali... Memang marahlah kawan... Najib kata tarian itu dibuat oleh satu kumpulan lain bukan Kementerian Kebudyaan punya.... entahlah....

    ReplyDelete
  2. Malaysia yang salah. Sepatutnya sebelum ditayangkan sebagai promosi iklan seluruh dunia pihak yang berwajib iaitu Kementerian Kebudayaan perlu menilai dan menyemak dahulu skrip dan filemnya sebelum ditayangkan di publik. Bukan pakai hentam aje. Kalau filem-filem lain disensor mengapa filem iklan tidak disensor. Sensor itu bukan sekadar mengenai sensiviti lucah tapi juga sensiviti negara lain. Apa tugas Lembaga Penapis Filem? Janganlah jawapan lepas tangan sahaja dengan mengatakan pihak lain yang buat. Siapa pihak lain itu? Jawapan macam budak sekolah rendah sahaja. Yang susahnya saya sebagai DUTA BESAR MALAYSIA (tak rasmi) di Bali ini terpaksa menangkis dan membalas jawapan dari orang Indonesia.

    ReplyDelete