Tuesday, September 15, 2009

Cuti Sabatikal 112-Kembara Bali:ROBOHNYA SEBUAH MAHLIGAI


15 dan 16 September 2009 aku meneruskan kerja-kerja penulisanku yang lain walaupun Kertas Kerja PERANG PERAK: SATU MANIFESTASI VISUAL selesai dan telah ku emailkan. Malam tadi 16 September 2009 kira-kira jam 9 malam aku menerima SMS yang mendukacitakan dari mentorku Profesor Dr.Zakaria Ali yang berbunyi "Kita tewas, Dr.Hassan & saya berhujah keras tapi rombakan pasti berlaku". Aku duduk tersentak membacanya. Sebelumnya dua kali aku menghantar SMS kepada prof Z, pertama memintanya mempertahankan nama seni sebagai satu fakulti. Kedua sebelah bagi 16 September 2009 aku menghantar SMS yang berbunyi " Selamat berbuka.Seni masih berkibarkah?" Beliau membalas sms ku dengan menyatakan mesyuarat senat akan diadakan pada 2.30 petang ini. Aku memang mengetahui hanya dua orang wakil dari Fakulti Seni dan Muzik yang menjadi ahli senat iatu Dekan dan beliau. Aku cepat-cepat menghantar perkabaran ini melalui sms kepada rakan-rakanku pensyarah seni antarannya:

orang pertama Dr.Jo, kemudian Dr.Roskang,HassanGhazali,Dr.Fauzi,Dr.Halim,Dr.Nasir,Dr.Tajul,Muriza,Jamilah,Pm.Hj Iberahim,Pm. ZulkifliYusuf dan Pm Mohd Zahidee. Sayangnya mereka yang dekat belum lagi mengetahui kedudukan sebenar. Ini bermakna aku yang jauh ini adalah orang yang awal mengetahui berita ini. Aku menerima respons yang lantang dari Dr.Jo, Dr.Roskang, Dr.Fauzi dan Dr.Tajul.

Persoalannya sekarang ialah kemana dan di mana kedudukan seni sebagai satu Fakulti? Aku hanya mendengar khabar dan ura-ara Muzik akan berkembang menjadi satu fakulti yang dinamakan Fakulti Muzik dan Persembahan manakala seni akan tercampak(?) di bawah Fakulti Teknologi Maklumat.Aku sangat prihatin dengan masalah dan isu ini kerana aku mempunyai rekod sejarah sebagai orang kedua selepas Profesor Madya Tn Hj.Iberahim Hassan yang mula-mula berkhidmat pada tahun 1997( sejak penubuhan UPSI) sebagai pensyarah seni di bawah FAKULTI KESENIAN DAN SAINS SOSIAL ( nama dahulunya) sebelum bertukar kepada FAKULTI SENI DAN MUZIK.Aku telah berkhidmat di MPSI,IPSI dan UPSI selama 24 tahun. Aku terlibat sepenuhnya bersama PM.Tn Hj.Iberahim Hassan merangka dan menggubal kurikulum fakulti khususnya dalam bidang seni.Malah amat terlibat dalam menentukan pensyarah yang akan diambil berkhidmat sebagai pensyarah seni ketika itu. Aku diberi kepercayaan penuh oleh PM Tn Hj.Iberahim. Aku bersama beliau merangka budget fakulti termasuk merancang prasarana fakulti. Selepas itu barulah datang pensyarah-pensyarah yang lain seperti PM Zulkifli Yusuf,Drs Izani Mat Ill dan dan PM Mohd.Zahidee sebagai pensyarah kumpulan pertama. Aku menyimpan semua fail personal yang mengandungi surat-surat penting itu termasuk kehadiran mesyuarat, tugas-tugas rasmi dan sebagainya.

Andaikata nama dan perkataan Seni atau Kesenian dalam rombakan yang terbaru ini tiada maka amat malanglah kedudukan seni yang telah bertapak lama sebagai salah satu 'niche' universiti sekian lamanya sejak penubuhan SITC 1922. Pensyarah seni kini telah ada 8 orang yang memiliki Ph.D,(ramai lagi akan pulang dengan Ph.D) 2 orang profesor dan 3 orang profesor Madya, pensyarah kanan dan pensyarah yang lain. Jumlah pelajarnya ramai. Pelajar masternya ratusan, calon ph.d melebihi 5 orang. Kekuatan fakulti ini terletak kepada stafnya,seni telah cukup kuat untuk menubuhkan fakulti sedangkan muzik hanya seorang sahaja pemegang Ph.D dan 3 orang profesor Madya dengan jumlah pelajar yang sedikit sudah boleh menubuhkan fakulti sendiri? Apakah justifikasi yang kuat untuk penubuhannya sedangkan keperluan di sekolah dan keperluan untuk negara adalah terhad untuk bidang ini? Lebih malang lagi ialah makin sedikit pensyarah muzik dan staf muzik makin dapat Fakulti sedangkan makin ramai pensyarah seni dapat Ph.D makin hilang Fakulti....(?) Aku sangat bimbang takut-takut Seni akan membina batu nesannya di UPSI di celah-celah laman arcanya sendiri.

Langkah yang terbaik ialah penubuhan FAKULTI SENI tanpa menggabungkan dengan progrem lain. Justifikasinya sangat kuat. Bidangnya banyak, beragam dan verstail. Ada teori dan amalinya. Keperluannya di sekolah, industri dan negara amat ketara. Memiliki staf yang berkalibar dan berwibawa. Bangunan studionya telah ada cuma pejabat pentadbiran dan pejabat pensyarahnya perlu diubahsuai dari bangunan yang ada. ITU SAHAJA PILIHAN YANG PALING TEPAT SEBELUM RAMAI PENSYARAH SENI YANG TERLUKA INI BERTINDAK BERHIJRAH BERAMAI-RAMAI KE UNIVERSITI LAIN.

11 comments:

  1. Berita dukacita ini bukan sahaja dikalangan pensyarah malah student juga merasainya. semalam kelas teori ramai sudent yang sanggup bersama pensyarah membuat protes sekiranya keputusan ini muktamad. Sekarang saya tidak berperanan besar di fakulti hanya sekadar pensyarah... tapi masih ingat saya semasa membuat perancangan penubuhan UPSI. Saya wakil dari Jabatan Kajian sosial sebagai Jawatankuasa pengubalan kertas konsep UPSI. Masa itu dipengerusikan oleh Dr. Rahim Selamat (mantan pengetua IPSI). Mesyuarat berlangsung di Merlin Hotel selama 5 hari. Pada masa itu juga ada panel mencadangkan pendidikan seni digugurkan atas alasan bukan subjek teras. Saya membantah dan mempertahankan dan memberi alasan Tan Sri Awang Had Saleh mahukan subjek seni dan muzik kekal sebagaimana masa SITC. Kebetulan masa itu saya juga AJK Persatuan Suluh Budiman dan Tan Sri Presiden... masa itu suara saya boleh lah sedikit diterima. Dr. Rahim Selamat bersetuju untuk tidak digugurkan.

    Nah... Kini... kita berlu ada sandaran yang kuat untuk mempertahankan fakulti seni.. Orang luar setiasa mengatakan subjek kita tidak penting...

    ReplyDelete
  2. Tuan-tuan berdua ada sejarah tersendiri dan memberikan jasa yang amat besar kepada fakulti serta pendidikan seni..sayangnya orang-orang seperti tuan-tuan ini dipinggir dan hendak dilupakan? Salah siapa?

    ReplyDelete
  3. Ramai orang berpendapat seni adalah subjek "third class" tanpa mengkaji apakah sumbangan seni secara tersirat dan tersurat kepada seseorang insan. Mungkin semua ini berlaku kerana persepsi orang ramai terhadap seni yang disebabkan oleh sikap segelintir insan yang cuba mempertahankan seni itu sendiri. Jadi bila terjadi sesuatu perubahan atau rombakan, barulah masing-masing tersedar dan bermuhasabah diri. Inilah mungkin masa yang sesuai bagi semua orang berfikir dan bertindak dengan dengan melihat kembali sejarah perkembangan seni, diri para penggiatnya dan masalah sosial yang berlaku sekarang ini dengan mengaitkannya dengan sumbangan seni kepada masyarakat. Bila terjadi sesuatu, tentu ada puncanya. Jadi cari punca terbut dan rungkaikan segala kekusutan. Kepada setiap yang menyokong dan menyintai seni, teruskanlah perjuangan anda.......

    ReplyDelete
  4. Berlakunya hal ini jelas mengambarkan bahawa masyarakat Malaysia masih kolot pemikiranya dengan memingirkan seni. walaupun pangkat yang yang disangdang mereka mengambarkan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki tetapi mereka memangdang seni itu sebagai satu bahan yang seakan-akan tiada nilai...lihat bertapa bodohnya masyarakat sedangkan negara luar berlumba-lumba meningkatkan ilmu kesenian mereka sebagai persediaan mengejar kemajuan kerana mereka tahu seni itu bukan hanya sekadar subjek dan aliran semata-mata tapi penyumbang besar kepada industri negara..

    sebagai pelajar seni amatlah malang sekiranya keputusan memusnahkan fakulti seni dan muzik itu muktamat..Mungkin sekiranya pensyarah dan pelajar bersama-sama mempertahankan mahligai seni yg sekian lama terbina itu harapan untuk melihat mahligai itu kukuh masih ada..sekiranya gagal sekurang-kurangnya kita berusaha mempertahankanya daripada berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.

    ReplyDelete
  5. Yang menghairankan mengapa orang akademik dan pengiat dalam bidang pendidikan tidak memahami persoalan kepentingan seni dalam kehiduapan masyarakat?. Ya. mereka kata seni akan kekal tidak dihapuskan, tetapi persoalannya nama SENI atau KESENIAN telah dihapuskan!!!. Apa ada pada Nama? Tapi nama membawa erti dan imej yang kuat... kalau tiada nama siapa lah kita? Fakulti Seni @ Fakulti Pendidikan Seni Visual perlu wujud di UPSI selaras dengan perkembangan semasa. Motto saya dalam memulakan ceramah Seni Visual selalu saya katakan 'TAMADUN DUNIA BERMULA DARI SENI VISUAL', Siapa yang boleh mempertikaikan?

    ReplyDelete
  6. Mungkin itulah kesannya apabila akedemik dan sistem pendidikan, baik dari bangku sekolah sehingga setinggi-tinggi Universiti sekalipun semuanya dipolitikkan oleh orang atasan, yang berkuasa dapatlah habuanya, kesannya kita orang-orang seni bawahan yang baru hendak bertatih, yang mengharapkan perubahan dalam pemikiran masyarakat terhadap seni seakan-akan dilumpuhkan dan dicacatkan oleh sistem pemikiran pendidikan politik, yang mana jelas masih terkongkong dengan pemikiran kuno zaman penjajahan..alangkah cerdiknya masyarakat kita!!

    ReplyDelete
  7. "Sayangnya mereka yang dekat belum lagi mengetahui kedudukan sebenar. Ini bermakna aku yang jauh ini adalah orang yang awal mengetahui berita ini."

    *pencerahan...
    1. Telah beberapa kali (individu tertentu)bermesyuarat dan cuba mencari penyelesaian.

    2. Mesyuarat khas di peringkat jabatan.

    3. Kertas kerja telah dibuat oleh beberapa individu (diajukan kepada pihak berkaitan).

    4. Mesyuarat khas pengurusan jabatan (sahkan kertas kerja yang diusahakan oleh beberapa individu).

    5. Kertas kerja dimurnikan atas nasihat pihak berkaitan. (Terima kasih pihak berkaitan atas kesudian mendengar, keperihatinan dan nasihat).

    6. Mesyuarat pengurusan jabatan mengesahkan kertas kerja yang telah dimurnikan untuk diajukan kepada senat.

    7. Beberapa individu tertentu telah berjumpa dengan beberapa pihak tertentu dan berkaitan. (...mohon kerjasama dan sokongan)

    8. 15 oktober 2009, 02.30 pm (Mesyuarat senat)

    ...............................................
    *semua warga seni yang peduli seni sentiasa mengikuti perkembangan ini dari masa ke semasa dan terus memikirkan alternatif2.

    *Syabas kepada semua warga seni yang berkaitan, berkenaan dan bersangkutan sama ada melalui sebarang tindakan atau hanya tindakan dari dalam hati.

    ReplyDelete
  8. Tuan Karoroso, Terima kasih banyak di atas 'pencerahan' tuan itu. Apa yg. dimaksudkan oleh Dr. Suhaimi (mungkin) ialah khabar berita keputusan mesyuarat senat itu. Dia menerima berita (SMS) itu melalui mentornya dan diforwardkan kepada kita. Selain itu, ada kemungkinan besar Dr. Suhaimi belum mengetahui beberapa tindakan susulan sudah dilakukan oleh 'pejuang2' kita sebelum ini. Terima kasih tuan...

    ReplyDelete
  9. ...Alhamdulillah...tk.
    ...tidak semua perpisahan itu menghancurkan...
    kita (warga yang peduli seni visual) jadikan perpisahan itu sebagai...
    1. takdir yang terbaik dari Ilahi
    2. perpisahan kerana memisahkan dua unsur yang tidak sesuai untuk disatukan
    3. permulaan kepada kehidupan yang lebih baik untuk kehidupan yang selanjutnya
    ...itulah takdirNya...wallahualam.

    ReplyDelete
  10. Ya.POSITIVE THINKING. Aku juga beranggapan sedemikian. Ada hikmah besar di sebaliknya yang Allah kirimkan kepada kita. Percayailah kerana kita selalu dibuai dengan budaya Hedonisme, Allah ajar dan selamatkan kita dengan perpisahan ini.Amin

    ReplyDelete