Sunday, September 13, 2009

Cuti Sabatikal 110-Kembara Bali: Sambungan Kertas Kerja



13 September 2009 aku masih menulis kertas kerjaku PERANG PERAK:SATU MANIFESTASI VISUAL. Sejak pagi sampailah ke petang, aku menumpukan sepenuhnya tanggungjawab itu namun masih lagi belum siap. Aku berehat untuk solat, membeli belah barang-barang keperluan harian di supermarket Hardy's Sanur dan memasak sahaja. Sehingga terasa sakit pinggang dan ngerinye tulang belakang kerana terlalu lama duduk mengadap komputer. Aku telah berjanji dengan Pak Jajang ( dosen senirupa UNDIKSA selaku urusetia seminar) untuk menghantar makalah ini hari ini melalui e mail namun nampaknya gagal. Insyaallah aku cuba sedaya upaya menyiapkan segera paling cepat esok. Banyak perkara yang perlu kulibatkan dalam penulisan ini selain aspek-aspek seni aku juga memikirkan pendekatan sejarah. Inilah bidang kepakaranku Sejarah Seni. Melihat Seni dari pendekatan sejarah. "Seni tidak ada sejarah yang bersejarah adalah karya-karya seni". Itulah kata-kata Profesor Sejarah Seniku Dr. Zakaria Ali dalam bukunya Esei-Esei Seni dan Seniman terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ketika aku bercuti Sabatikal ini dia membantuku dengan mengambilalih pengajaran kursusku di Fakulti Seni dan Muzik iaitu SSL 3064 Seni Islam Perbandingan, SSL 2064 Sejarah Seni Tampak Malaysia dan SSP 6493 Kesedaran Visual di Malaysia ( kursus ini untuk pelajar-pelajar Master). Malah dia membantuku sebagai penyelia ganti kepada 3 calon doktor falsafah di bawah selianku sepanjang aku bercuti sabatikal ini. Aku banyak berterima kasih dengannya.

4 comments:

  1. Ada lagi, saya terpaksa membantu memberi markah ROS untuk pelajar Dr... Ok lah!

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum
    semoga tuan diberi Allah kesempatan waktu dan kesihatan yang baik dalam persediaan kertas kerja ini..... demi memartabatkan seni visual: pengunaan visual memudahkan kefahaman generasi kini menghayati sejarah bangsa kita.

    ReplyDelete
  3. Ya sdr.JayJay saya sudah menyiapkan sepenuhnya abstrak dan kertas kerja lengkap menanti untuk diemailkan saja hari ini.Alhamdulillah dengan sokongan kawan2 selesailah sudah kerja itu hanya menunggu untu membentangkannya nanti.

    ReplyDelete