Thursday, September 3, 2009

Cuti Sabatikal 104-Kembara Bali: Visa Lanjutan


3 September 2009 aku ke pejabat Imigrasi di renon, Denpasar untuk mendapatkan visa lanjutan untuk bulan September. Aku terpaksa berulang alik paling kurang 3 kali setiap bulan bagi menguruskan visa ini. Pertama menghantar borang yang telah sempurna, kemudian staf imigrasi akan memberi nota untuk datang kali kedua untuk membayar. Lepas itu aku perlu datang kali kedua untuk membayar wang sebanyak RP250000 bagi visa itu ( untuk bulan September aku perlu bayar lebih iaitu Rp265000 tambahan Rp 15000 untuk cap sepuluh jari tangan). Staf imigrasi yang lain akan memberikan resit pembayaran. Tetapi aku masih lagi tidak dapat visa itu, aku disuruh datang untuk kali ketiganya beberapa hari kemudian untuk mendapatkan visa itu. Oh sungguh leceh betul. Perkara itu terlalu mudah untuk diuruskan. Aku tidak Faham mengapa terlalu lambat. Itu sebsbnya ramai yang menggunakan khidmat ejen tetapi Bayaran kepada ejen ialah sekali ganda iaitu Rp500000 ( setengah juta rupiah).Baiklah aku uruskan sendiri,sekurang-kurangnya aku dapat mengetahui birokrasi perkhidmatan awam di sini. Hari ini aku dipanggil oleh staf imigrasi peringkat tinggi ke biliknya. Aku ditanya dengan pelbagai soalan.Antaranya mengapa aku datang ke sini. Siapa sponsor. Pekerjaan aku. Apa yang aku buat di sini. Mengapa pilih Bali, dan yang paling mengejutkan aku ialah mengapa Malaysia mengklim tarian pendet sebagai tarian Malaysia malah pegawai itu bertanya tentang budaya Indonesia yang dicuri oleh Malaysia. Isu Ambalat juga di timbulkan. Nampaknya aku telah bertukar profisen iaitu sebagai DUTA BESAR MALAYSIA( tak rasmi) ke Bali. Aku dengan konfidennya menjelaskan duduk perkara. Alhamdulillah satu persefahaman telah berlaku antara aku dengan pegawai tersebut. Aku rasa aku bisa berada di pentas Indonesia untuk menjelaskan kedudukan yang sebenar. Selepas selesai mendapatkan visa itu aku terserempak dengan 12 orang beruniform seluar kelabu,kemeja putih dan bertali leher. Suaidi yang menunggu aku di ruang tamu memperkenalkan aku dengan 12 orang itu. Rupa-rupanya mereka itu adalah freshie siswa Fakultas Perubatan Universitas Udayana,Denpasar dari Malaysia. Mereka tidak percaya aku orang Malaysia sebab tuturkataku udah berubah seperti orang Indonesia. Mereka baru dua minggu mendaftar di universitas itu. Salah seorangnya bernama Abdullah dari KL. Dia mengambil no HP aku dan katanya akan berhari raya di rumahku nanti dengan kawan-kawannya. Aku menjemputnya bila-bila masa ke kediamanku di Sanur Bali. Memang ramai pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Fakultas perubatan di universitas itu selama 5 setengah tahun sebelum bergelar doktor.

5 comments:

  1. Tuan memang menjadi 'Duta' di sana...Bina hubungan baik antara negara serumpun ini.

    ReplyDelete
  2. Beruntungnya Dr. dapat jadi "Duta Malaysia" sekaligus jumpa orang Malaysia. Langkah kananlah tu. Apa pun plan hariraya tu yang paling best. Ajaklah diaorang bakar lemang dan masak ketupat sekali baru ada umph.........

    ReplyDelete
  3. Setakat ni saya tak jumpa lagi buluh lemang di sini yang ada buluh meriam yang besar-besar tu. Kalau disumbat pulut dan santan agaknya setahun baru masak. Tapi kalau ibu yang tolong masak sekejap itu aje dah masak lagipun ibu pandai masak dan masakanpun enak-enak.

    ReplyDelete
  4. Salam Dr. Harap Dr. sihat-sihat saja ya di sana. udah bisa omong jawa ya. semoga brjaya Dr di sana jgn lupa niat puasa "shaja ak poso dino sesok ..."alah lupe pulak orang jawa punye niat. take care Dr.

    ReplyDelete
  5. @zmie saya ngak bisa omong Jowo, saya bicara Indonesia saja.

    ReplyDelete