Thursday, July 2, 2009

Cuti Sabatikal 32- Kembara Bali: Cewek Bali Disapu Bule




12.30 tengahari 2 July( Julai ) aku ke Bali Mall Galeria di Kuta. Hypermarket ini agak besar juga, sambil makan dan minum di restoran Excelso, aku menulis catatan untuk blogku http://orangbehrang.blogspot.com/. Blog ini adalah catatan perjalanan aku sepanjang cuti sabatikal di Bali dan di beberapa bandar di Indonesia selain mengisi nota kuliahku SSP 6493 Kesedaran Visual Di Malaysia untuk pelajar-pelajar Master. Sebelumnya aku telah mengunjungi toko buku Gramedia di hypermarket ini dengan melabur lebih 1 juta rupiah membeli buku-buku dan majalah yang berkaitan dengan seni dan kebudayaan. Kebanyakan wangku telah kugunakan untuk membeli buku. Untuk pengetahuan anda semua di Malaysia, buku-buku dalam bahasa Indonesia cukup banyak dan harganya murah dan berpatutan. Budaya penerbitan buku jauh lebih maju dari Malaysia. Anda boleh mencetak buku dengan harga yang murah di mana-mana syarikat percetakan atau di rumah persendirian dengan standard yang bagus dari segi kertas,warna dan penjilidannya. Inilah kelebihan Indonesia. Oh ya, sepanjang pemerhatianku di hypermarket ini aku melihat bule (mat saleh) berpasangan dengan cewek Bali yang bergeletik meminta itu dan ini dari bulenya. Di Bali anda akan melihat ramai cewek Bali dan cewek Jawa digendung bule. Bule telah menyapu habis cewek-cewek di sini. Di tepi pantai, naik motor atau kereta, di villa, supermall atu di mana sahaja bule bergandingan dengan cewek Bali. Wang mempengaruhi semuanya. Bule memiliki USD,EURO,POUND STERLING dan DOLLARS AUSTRALIA. Walaupun ada bule yang jadi buruh majlis bandaran atau tukang sapu di negaranya menginsafkan aku bahawa mereka inilah yang jadi tuan-tuan besar di negara-negara miskin( pengalaman aku memerhati bule menyapu sampah di jalan-jalan di New Zealand) tetapi pertukaran wang dollars jauh lebih tinggi, mereka menjadi raja di Bali. Nasib baik aku dari Malaysia, pertukaran wang juga tinggi, kalau aku dari India, China atau dari Afrika aku ngak apa-apa di mata orang Bali. Kalau begitu aku masih boleh dianggap RAJA BEHRANG, cuma permaisurinya ngak ada. Orang-orang Bali yang baik dan jujur ini jadi manusia kecil. Yang pedihnya ada suara dari orang Bali memanggil bule ini tuan. Aku juga pernah dipanggil begitu. Adakah itu satu helo atau pengagungan? Kalaulah pengagungan,waduh! Pemikiran penjajah masih ada di kotak pemikiran sesetengah orang Bali. Suatu hal yang menarik sepanjang aku di Bali, aku kadang-kadang menjadi perhatian kerana janggutku yang panjang. Pernah pemuda-pemuda Bali di tepi pantai Sanur agak ketakutan ketika aku berulangkali menyusur pantai. Mereka menyangka aku KETUA SAMSENG kerana janggutku yang panjang ini. Ini dinyatakan sendiri oleh pemuda-pemuda itu ketika aku duduk makan dan minum di pantai Sanur. Waduh! aku hanyalah menyimpan janggut kerana SUNNAH NABI tetapi lain jadinya.

10 comments:

  1. Itu lah kelebihan yang Allah beri pada Dr... Sungguhpun Duda,jenaka,friendly, gemuk, pendek, botak, berjanggut dan berjambang, pengidap diabetes dan ghout tapi paling penting berjanggut panjang... tentu orang Bali menggagap sami yang suci... sami-sami mereka tak dapat berjanggut panjang macam Dr.. Apa pun nawaitu baik...

    ReplyDelete
  2. wah, terima kasih ya San, aku cuma berniat baik, niat ku mahu ikut sunnah itu sahaja. Apa orang kata aku ngak peduli.

    ReplyDelete
  3. 1juta rupaih...baru sekitar RM350.00 pak...kan ongkosnya masih banyak...

    ReplyDelete
  4. sihat dr? doa sentiasa sihat dan panjang umur. panjang umur supaya leh mengunjung ke tmpt yg lg menarik. baca blog dr dapat rasa dan menghayati keadaan dan aura di situ biarpun orang tak menjejak di situ.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih violet,banyak perkara yang boleh dilihat,dikaji dan dihayati di sini. Yang pastinya ratusan ribu orang Eropah dan orang Asia yang lain mengunjungi Bali, tidak di tempat lain di Indonesia.Why?Jawapannya boleh dilihat di sini.Violet, selepas ini saya berhasrat nak ke Timur Tengah dan China.

    ReplyDelete
  6. Pak kerososo anda sentiasa mengikuti perkembangan saya.Terima kasih bangat. Aku udah mengunjungi blog anda.Bagus ya, ada seni, ada politik dan ada agama.

    ReplyDelete
  7. heheh..jika otai di mana-mana pun nampak otai juga...yg penting biar niat betul cara pun betul...semoga dr tidak putus berblogg.chaiyokk! \(^O^)/

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Syuhada, anda telah mengajar saya bagaimana nak buat blog dan kini saya telah manafaatkan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum Mi, aku Ramli Hamzah budak balun apa kabar mi. Aku tengok Janggut kau bertambah panjang dulu masa sekolah ciput je berapa lama kau simpan tu. Nasib baik kawan Facebook aku info Blogspot orang behrang ni dapat juga aku cari kawan satu kelas. Facebook aku Ramli Hamzah kau cari lah aku kat sana. Website aku www.sparepartdatainfo.com . Aku doakan kau sihat selalu. Jumpa lagi

    ReplyDelete
  10. Salam.Li tak sangka kau jengok blog aku. Lama tak jumpa hahaha teringat zaman sekolah dulu..sekarang kau dah jutawan dah syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete