Wednesday, July 8, 2009

Cuti Sabatikal 36-Kembara Bali: Pemilu (Pilihanraya)











Jam 8 pagi, 8 Julai 2009 aku terdengar suara dari mikrofon dan riuh rendah dari Balai raya ( Banjar Lengon) di sebelah rumahku. Aku tertanya-tanya, apakah acara yang berlaku. Rupa-rupanya ramai penduduk Jalan Danau Beratan berkumpul menunaikan hak mereka untuk memilih Presiden Indonesia yang baru. Pemilu atau pilihanraya Indonesia sangat berbeza dengan Malaysia. Di Malaysia, kita memilih calon dari parti-parti yang bertanding dan bukan memilih perdana menteri. Jawatan perdana menteri hanya boleh dipilih oleh parti yang memenangi pilihanraya. Sebelumnya aku menyaksikan Siaran Langsung Debat Final Calpres ( Calon presiden) antara SBY, JK dan Mega di televisi Indonesia dengan tema yang diberi antaranya Demokrasi. Sangat mengecewakan sekali ketiga-tiga ngak menjawab persoalan yang diberi. Mega langsung tak ada kredibiliti, macam seorang suri rumahtangga yang bercakap tentang dapurnya sahaja. Tidak ada jiwa besar pada ketiga-tiga calon tersebut. JK menyindir SBY tentang iklan satu putaran. Jawapan SBY macam cakap kedai kopi aje. Berbeda sangat kalau nak dibandingkan dengan debat antara Anwar Iberahim dan Ahmad Shaberi Chek di Malaysia. Bagaimana Sang Anwar mengungguli debat itu manakala Sang Ahmad Shaberi Chek sampai berbuih mulutnya saja sekadar menyerang peribadi Anwar tapi ngak mengemukakan justifikasi yang kukuh terhadap pelbagai persoalan yang dikemukakan. Aku sempat menyaksikan penduduk Jalan Danau Beratan menunaikan haknya dan sempat juga menyaksikan proses pemilu dilaksanakan di sini.

No comments:

Post a Comment