Friday, July 17, 2009

Cuti Sabatikal 50-Kembara Bali: Modem Flash unlimited


Jam 10 pagi 16 Julai 2009 selepas membaca buku Jalur Sutera yang baru kubeli, aku ke Denpasar dengan Van angkut berwarna hijau. Aku ke kedai Telkomsel, Denpasar untuk membeli modem Flash unlimited( high Speed Wireless BroadBand dengan kelajuan 2.6 g) berharga 1 juta 499 ribu rupiah ( lebih kurang RM 500 duit Malaysia). Ada juga jenama lain yang lebih murah berharga Rp 500,000 atau Rp 400,000 tetapi kelajuannya hanya 1g. Pada awal kedatanganku ke Bali memang aku telah pergi ke Kantor Indosat untuk membeli modem itu tetapi ia memerlukan kartu penduduk sementara. Aku tidak memilikinya, aku hanya ada visa yang diperpanjangkan tempohnya setiap 2 bulan di pejabat Imigrasi. Jadi permohonanku ditolak walaupun aku ada rakan di sini. Sekali lagi staf telkomsel memintaku salinan KTP. Nasib baik staf itu memberi pilihan sekiranya tidak ada dapatkan salinan KTP rakan yang ada di Bali. Saya teringat Ainur Rofiq, lalu menelefonnya. Dia datang dan membawa salinan KTP ( Kad Tetap Penduduk). Aku lega. Modem Flash ini hanya boleh digunakan di Indonesia sahaja dan tidak boleh digunakan di Malaysia. Penggunaannya adalah unlimited ( tiada had) jadi sangat memudahkan aku menggunakan internet di mana-mana. Manakala bayarannya ialah RP 125 ribu rupiah sahaja sebulan ( RM 50 duit Malaysia ). Selepas ini aku tak perlu lagi ke pusat Internet atau mencari restoran yang ada Wifi free, insyaallah. Selesai urusan itu aku dan rofiq ke Masjid AnNur, Denpasar menunaikan solat zohor.

2 comments:

  1. waduh pak...sekarang sudah boleh bertenet 24 jam...

    ReplyDelete
  2. ngak boleh nanti keletihan, cukup seupayanya saja

    ReplyDelete