Wednesday, July 1, 2009

Cuti Sabatikal 31-Kembara Bali: Reading & Finding























Tanggal 1 Julai 2009, aku gunakan hampir separuh hari membaca buku-buku dan akhbar terbitan Indonesia seperti Bali Post, Bali Times dan Jawa Post. Banyak yang ku perlu belajar dari segi makna perkataan dan istilah. Beberapa perkataan telah kufahami antaranya gratis( percuma), pulsa ( tambah kredit), kamar kecil (tandas),almari es (peti ais),dosen(pensyarah),bisa ( boleh),ngak (tidak),cewek (gadis),cowok (lelaki),ibu (perempuan sudah kahwin),embak (perempuan belum kahwin),embah ( perempuan tua), kakek (datok), om (pak cik) dan bule (mat saleh). Aku juga bisa mengetahui nama-nama orang Bali mengikut bilangan anak ke berapa. Nama orang Bali tidak banyak. Anak pertama dipanggil Gede, wayan atau made, anak kedua dipanggil Kadek, anak ketiga dipanggil Komang atau Nyoman dan anak keempat Ketut Bagi membezakan antara lelaki dan perempuan nama lelaki dipanggil seperti I Gede, kalau perempuan dipanggil Ni Gede. Sebelah petangnya aku mencari tukang ukir kayu yang ada di Jalan Danau Beratan. Aku sempat berbual-bual dengan mereka dari segi pengalaman kerja, pendidikan dan kapasiti produk yang dihasilkan dalam sehari. Kebanyakannya bekerja mengambil upah di tangan majikan-majikan yang memiliki kedai ukiran kayu di Sanur dan beberapa tempat terkenal seperti Ubud, Kuta dan Denpasar. Aku mengumpul semua data ini untuk penyelidikan mengenai kesenian tradisional Bali khususnya dalam bidang seni rupa. Aku juga menelefon pensyarah seni rupa tradisional Pak Nyoman Sila dosen Universitas Pendidikan Ganesha, Singahraja mengenai beberapa keraguan yang perlu penjelasan. Penyelidikan dalam cuti sabatikal ini lebih enjoy dan nyaman tidak seperti penyelidikan untuk disertasi Ph.D yang kualami dulu yang penuh tekanan dan kerunsingan.

1 comment:

  1. teruskan bapak....jaga2 juga dengan jari tu..nanti dipotong?

    ReplyDelete