Saturday, July 18, 2009

Cuti Sabatikal 52-Kembara Bali: Letupan Bom di Jakarta




Pada jam 2 petang 18 Julai 2009 aku bersiar-siar di Jalan Danau Tamblingan,Sanur dengan terhenyut-henyut kerana kakiku Ghout. Jalan ini selalu dipenuhi dengan bule, tetapi kali ini agak lengang, malam tadi juga aku di sini menyaksikan keadaan yang jauh berbeza daripada sebelumnya. Lengang. Ramai bule ngak kelihatan. Rupa-rupanya ledakan bom di dua hotel antarabangsa iaitu JW Marriot dan RT Rizzit Jakarta pada waktu pagi semalam ( 17 Julai 2009) yang mengorbankan 9 orang asing dan 49 orang cedera memberi kesan yang besar kepada pelancungan Indonesia. Sayangnya pihak Intelligensia Indonesia kurang cekap. Berita muka hadapan dalam akhbar Bali Post sehari sebelumnya ( 16 Julai 2009) telah menyatakan pihak berwajib telah menerima telefon dari seseorang yang menyatakan ada bom di tempat parking kereta di Supermarket di Jakarta, tapi mereka mencarinya tidak berjumpa. (ini adalah taktik pengebom dia menyatakan di situ tapi dibubuhnya tempat lain). Pihak intelligensia nampaknya acuh tak acuh dengan panggilan telefon itu. Nah! Memang benar-benar terjadi. Malam itu aku menonton siaran berita televisi Indonesia. Memang ada gambar dan wawancara bule-bule yang tergesa-gesa meninggalkan Jakarta melalui airport Sukarno Hatta. Malah aku yakin di airport Ngurah Rai, Denpasar juga mungkin keadaan yang sama berlaku. Aku juga menyaksikan polis-polis Indonesia memenuhi jalan di Sanur, agaknya berjaga-jaga. Dua kota menjadi tumpuan iaitu Jakarta dan Kuta, Bali. Bali telah menyaksikan dua kali letupan yang mengorbankan ratusan bule dan orang tempatan. Peliknya malam itu dalam siaran berita televisi Indonesia Presiden Indonesia Bambang Susilo menuding jari kepada mereka yang pernah mengancamnya dalam PilPres ( Pilihan raya Presiden) dengan perkataan lain kepada calon-calon pesaingnya. Maka melentinglah Jusuff Kalla, Megawati dan Suboyono.

1 comment:

  1. Kalau pengebom kata ade bom disitu...nampak sangat x pro langsung kan...hehehe

    ReplyDelete