Wednesday, July 22, 2009

Cuti Sabatikal 56-Kembara Bali: READING


22 Julai 2009 aku menyambung pembacaan buku Ramalan Tentang Muhammad SAW Dalam Kitab Suci Agama Zoroaster, Hindu, Buddha dan Kristen ( 2006) oleh Abdul Haq Vidyarthi dan Abdul Ahad Dawud yang baru kubeli di toko buku GRAMEDIA. Buku setebal 425 muka surat adalah buku terjemahan yang diterbitkan oleh Penerbit HIKMAH ( PT MIZAN Publika). Setelah membaca suku bahagian daripada buku ini aku boleh membuat kesimpulan awal bahawa buku ini sangat menarik dan perlu dibaca oleh semua manusia dari pelbagai agama. Malah kalau diteliti nama kedua-dua penulis ini adalah orang yang ada otoriti dalam kitab-kitab agama lain selain Al Quran, misalnya Abdul Ahad Dawud adalah mantan Pastor (Ketua Paderi) Katolik Rome manakala Abdul Haq Vidyarthi adalah pendakwah, jurnalis, penulis dan pensyarah, dia mendapat gelaran Vidyarthi kerana pengetahuannya yang sangat luas dan mendalam tentang Kitab Weda.

No comments:

Post a Comment