Tuesday, July 28, 2009

Cuti Sabatikal 63-Kembara Bali: UNDIKSHA







Jam 7.15 pagi 28 Julai 2009 aku bertolak dari rumah ke Universitas Pendidikan Ganesha, Singahraja dengan rakan baruku Made yang berasal dari Singahraja. Aku sampai ke Singahraja jam lebih kurang 10 pagi melalui jalan yang menarik dengan kiri kanannya penuh dengan pemandangan menghijau hutan, sawah padi, dusun dan desa. Malah melalui danau bratan dan Danau Tamblingan yang luas dan indah itu. Kali ini kabus banyak menyelubungi perjalanan sehingga hampir tidak kelihatan kenderaan. Udara yang dingin terutama di Bedugul menyegarkan pemikiran. Di Undiksha aku bertemu dengan dosen dan Dekan Fakultas Bahasa dan Seni Dr.Made Sutama. Perbincangan mengenai pelbagai aspek berjalan dengan penuh mesra. Aku juga meminta jasa baik Dekan untuk membuat surat perlanjutan Visa untuk dikemukakan kepada Ketua Imigresen Denpasar. Aku juga dijemput hadir dalam Konferensi International Kebudayaan Bali Utara yang dianjurkan oleh universiti itu pada 30 Julai sehingga 2 Ogos 2009. Pada masa yang sama Dekan meminta aku membentangkan kertas kerja dalam Seminar Antarabangsa yang akan diadakan pada 2 Oktober 2009 nanti. Balik dari Undiksa aku menempah bilik di Hotel Wijaya ,Singahraja untuk penginapanku sepanjang konferensi itu. Selepas itu aku menunaikan solat jamak qasar zohor dan Asar di Masjid Nurul Amin Kajanan, Singahraja.

No comments:

Post a Comment