Saturday, July 25, 2009

Cuti Sabatikal 60-Kembara Bali: Santai di rumah


25 Julai 2009 sepanjang hari aku di rumah dari pagi sampai malam. Rakanku Yanto memasak nasi dengan lauk ikan kayu goreng yang aku beli di Karangasem. Ikan kayu itu segar lagi walau pun sudah seminggu aku masukkan dalam peti ais ( orang Indonesia memanggilnya lemari es). Selepas puas membaca buku Ramalan Tentang Muhammad SAW yang masih belum selesai lagi, aku menonton DVD Ayat-ayat Cinta yang telah kubeli lama tapi masih belum menontonnya lagi. Wah ! menarik ceritanya, ada kesedihan di sebalik rona-rona cinta itu.Novelnya juga aku beli tapi masih belum membacanya. Novel ini adalah bestseller di Indonesia yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy seorang dai, novelis dan pendiri pasenteren yang lahir di Semarang. Banyak novel yang berciri Islam yang telah dilahirkan malah telah difilemkan termasuk ayat-ayat cinta dan yang terbaru Ketika Cinta Bertasbih yang filemnya telah kutonton di bioskup di Surabaya. Filemnya menarik tetapi terhenti di part 1 dan kemudiannya akan dibuat sambungannya part 2 entah bila pula. Sebuah lagi novelnya Dalam Mihrab Cinta telah kubeli tetapi masih belum kusentuh lagi.

No comments:

Post a Comment