Sunday, July 26, 2009

Cuti Sabatikal 61-Kembara Bali:Rakanku Yanto


26 Julai 2009 aku menghabiskan pembacaan buku Ramalan Tentang Muhammad SAW. Buku ni cukup menarik untuk dibaca. Dalam Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru ada dinyatakan tentang Muhammad SAW mengikut penulis itu. Buku ini agak kritikal membahaskan persoalan nubuat Muhammad SAW. Yanto kegemarannya masak, pagi-pagi lagi dia sudah menyiapkan minuman untuk breakfast kami berdua. Selepas itu dia masak nasi dan lauk ikan sardin cap ayam. Dua hari ini aku ngak makan di warung sederhana, malah aku ngak keluar rumah. Makanan pagi, tengahari dan malam telah disiapkan olehnya. Terima kasih banyak. Walaupun rakanku ini beragama kristen tetapi dia memahamiku sebagai muslim. Kami cepat mesra walaupun berlainan agama. Sambil makan kami menonton televisi di ruang tamu. Jam 2.30 petang Yanto keluar kerana urusan bisnesnya, semalampun begitu. Biasanya jam 6 petang barulah dia balik. Aku kenal dia sewaktu menjadi jiranku di Luisa Home Stay Sanur. Di situlah bermulanya persahabatan kami. Dia hampir tiap-tiap bulan datang ke Bali urusan bisnes, seorang duda mempunyai seorang anak perempuan remaja yang tinggal di Surabaya. Bekas isterinya meninggalkan dia dan menetap di Jakarta dan dia memelihara anak perempuannya itu. Dia fasih berbahasa Inggeris, jarang orang Indonesia yang boleh bertutur sebegitu. Bisnesnya mengambil tender untuk pelbagai acara seperti seminar, konvensyen. Dia akan mencipta kad,TShirt,beg, fail dan cenderamata lainnya untuk tender itu. Cita-citanya yang saban kali dituturkan padaku dia akan berpindah ke Amerika dan membawa anaknya untuk belajar di sana.

2 comments:

  1. ...sudah punya teman cowok...teman cewek enggak ada pak?

    ReplyDelete
  2. teman cewek ngak ada,aku sebenarnya dah tua lebih setengah abad cewek mana yang sudi. Lagipun aku ngak cari lagi di sini..

    ReplyDelete