Friday, July 10, 2009

Cuti Sabatikal 38-Kembara Bali:Solat Jumaat di Masjid An Nur,Sanglah





























Seperti biasa, selepas solat subuh 10 Julai 2009 aku membaca dan membelek buku-buku yang baru ku beli. Kemudiannya aku ke warung sederhana untuk sarapan pagi. Aku terus ke Nabila Internet , melihat e mail dan menulis catatan untuk blogku. Jam 11.00 pagi aku mencari masjid baru yang belum lagi kujumaati . Aku bertanya kepada staf Nabila Internet di mana lagi masjid yang bisa kujumaati selain masjid Al IKhsan, Sanur dan Musolla di sebelah premis internet itu. Aku menemui jawapannya di Jalan Diponogoro, Sanglah agak jauh juga dari Sanur. Aku menaiki angkut ( Van berwarna hijau). Di masjid itu masih lengang. Aku sempat mengambil foto-fotonya. Paling menarik masjid ini dikendalikan oleh Yayasan An Nur yang mempunyai bangunan di seberang jalan masjid. Suara azan dari muazzin amat merdu sekali. Manakala khatib berkhutbah mengenai rezeki dan sedekah dalam bahasa Indonesia. Paling menarik khatibnya berkhutbah dan bukannya membaca khutbah sebagaimana lazimnya yang dilakukan oleh khatib-khatib di Malaysia. Sepanjang aku bersolat Jumaat di masjid-masjid di Bali aku tak pernah mengantuk, tetapi di Malaysia aku selalu mengantuk malah pernah tertidur. Jawapannya aku amat mengetahuinya. Pertama khatib di sini berkhutbah. Kedua kandungan khutbahnya baik. Ketiga cara penyampaiannya amat berkesan dengan intonasi dan mimik muka serius. Kempat khatib berkhutbah dengan cara berkomunikasi dengan khalayak dan bukannya berkomunikasi dengan kertas. Kelima, kebanyakan khatib dan muazzin adalah muda-muda dan berkelayakan pasentren. Selepas solat jumaat saya ke bangunan Yayasan An Nur. Di situ saya berkenalan dengan seorang pemuda bernama Rofiq ( umur 26 tahun) berasal dari Banyumas, Jawa dan sedang melanjutkan studinya di tahun empat di Fakultas Agricultur, Universitas Udayana, Bali, sebuah universiti yang terkenal di Bali. Ramai juga penuntut dari Malaysia terutamanya kaum India yang belajar di Fakultas Kedoktoran di universiti ini.

No comments:

Post a Comment