Thursday, July 16, 2009

Cuti Sabatikal 48-Kembara Bali: Kartika Plaza,Kuta


















13 Julai 2009 sepanjang hari aku keletihan disebabkan semalamnya aku sepanjang hari keliling separuh Pulau Bali. Jadi aku mengambil keputusan berehat sahaja hari ini. Pada 14 Julai 2009 jam 1 tengahari selepas solat zohor di Musolla aku ke Kartika Plaza, Kuta. Memang banyak supermarket ( di Indonesia dipanggil SuperMall) di Bali. Antaranya ialah Bali Mall Galeria, Makro, Carefour, Metro, Hardy's, Kartika Plaza dan lain-lain. Paling besar ialah Bali Mall Galeria ( dipanggil Hypermarket). Yang membezakan antara kesemua supermall tersebut ialah Musolla. Di Kartika Plaza ada Musolla manakala supermall yang lain di Bali tidak ada. Jauh berbeza sekali dengan di Malaysia. Setiap supermarket yang besar mesti ada surau atau bilik solat. Aku sempat solat asar di situ. Kedua yang paling menarik di sebelah hujung plaza tersebut ada pantai yang indah, yang boleh dikunjungi dengan menuruni tangga plaza sahaja, pantai tersebut ialah pantai Kuta yang menganjur jauh ke selatan.Ramai pengunjung ke Plaza ini tidak akan mengenepikan peluang untuk menjenguk ke pantai tersebut.

No comments:

Post a Comment