Monday, July 6, 2009

Cuti Sabatikal 35-Kembara Bali: Demam kerana Bisul











5 dan 6 Julai 2009 aku terlantar di rumah kerana demam disebabkan bisul di jari kaki ku yang bengkak dan sangat sakit sehingga sukar berjalan. Aku ke klinik swasta menemui doktor. Ubat sapu anti septik yang diberikan nampaknya tidak berkesan. Keesokannya 7 Julai 2009 aku dibawa oleh pak supir ke klinik kerajaan tidak jauh dari rumahku. LAYANAN MESRA dan perbualan dengan doktor mengurangkan denyut kakiku. Aku bimbang dengan diabetesku. Kebetulan bisulku hinggap di jari kakiku sehingga bengkak dan hitam. Aku diperiksa glukos dalam darah, bacaannya 330 selepas makan. Normal bacaannya di Indonesia ialah 200. Di Malaysia normalnya ialah 5. Tekanan darah tinggi normal 130/80. Diabetesku masih lagi tinggi. Aku perlu berhati-hati dengan makan dan minumku. Sepanjang hari ini aku perlu berehat dan doktor memberikan ubat penahan sakit serta membersihkan bisulku dengan membubuh iden ( ubat kuning). Aku perlu datang lagi pada hari khamis untuk rawatan selanjutnya. Aku dichange RP 8000 termasuk Rp 3000 wang pendaftaran menyamai tidak sampai RM 5 sedangkan klinik swasta yang aku pergi kemarin dichargenya Rp 85000 menyamai RM 30.

2 comments: