Wednesday, July 22, 2009

Cuti Sabatikal 55-Kembara Bali: Santai dengan Buku


21 Julai 2009 aku lebih banyak menghabiskan bacaan buku yang baru kubeli di Kuta. Penat membaca aku menonton siaran televisi Al Jazeera, nampaknya cerita pergolakan di Afghanistan mula mendapat tempat di saluran itu. Sebelum ini cerita ledakan bom di Jakarta juga disiarkan dalam rancangan itu. Pada sebelah petangnya aku berkunjung ke toko buku Gramedia di Bali Mall Galeria. Kali ini aku membeli lima buah buku dan senaskah majalah yang menarik. Buku-buku tersebut ialah Bali Pariwisata Budaya dan Budaya Pariwisata( 1992) oleh Michel Picard, Ramalan Tentang Muhammad SAW (2006) oleh Abdul Haq Vidyarthi dan Abdul Ahad Dawud, dan tiga buah novel iaitu Dalam Mihrab Cinta (2008) oleh Habiburrahman El Shirazy,Gadis Garut(2008) oleh Sayid Ahmad Abdullah Assegaf, Martir Tuhan (2009) oleh Muhammad B. Anggoro dan majalah KERIS. Aku tak tahu bila aku bisa menghabiskan bacaan itu. Nampaknya budaya penerbitan buku adalah sangat kuat di Indonesia. Banyak penerbit yang terkenal Seperti GRAMEDIA, PERIPLUS, GUNUNG AGUNG, AL MIZAN adalah antara gergasi penerbitan buku di Indonesia. Hal ini amat malang di Malaysia. Penerbit besar di Malaysia hanyalah DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA yang lain-lain agak kecil termasuklah Penerbit Universiti. Pustaka Antara dahulunya agak hebat telah gulung tikar termasuklah Penerbit Abbas Bandung dan Pustaka Melayu Baru kecuali Penerbit Sinaran Bros ( Pulau Pinang) masih ada lagi tetapi fungsinya tidak lagi sebagai penerbit tetapi lebih kepada pencetak. Sangat jelas pada pandanganku tradisi keilmuan sudah lama bertapak di Indonesia, malah melihat kepada catan-catan awal, kitab tulisan tangan serta tulisan pada daun lontar cukup untuk membuktikan semuanya itu.

No comments:

Post a Comment