Thursday, July 23, 2009

Cuti Sabatikal 58-Kembara Bali: Makan Malam di Wong Solo






















Selepas solat Isha' aku dibawa oleh Rofiq ke Restoran Ayam Bakar Wong Solo di Kuta tempat dia bekerja dahulu. Wow ! Indah sungguh restoran itu. Penuh dengan ukiran dari Jepara. Manakala kayu-kayunya adalah kayu jati yang disapu dengan warna hijau tua menampakkan antiknya bangunan itu. Dindingnya dianyam dengan buluh dan mengekalkan keaslian warna kuning buluh itu. Restoran ini dua tingkat yang dihubungkan dengan tangga. Tingkat atas untuk pengunjung makan sambil bersila manakala tingkat bawah disediakan meja dan kerusi. Keseluruhan bangunan restoran ini boleh memuatkan 300 pengunjung untuk sekali makan. Aku memesan ikan kerapu bakar, sayur, tahu dan minuman teh o panas. Taukehnya adalah orang Solo, Jawa digelar Raja Poligami kerana mempunyai empat isteri. Restoran ini mempunyai 30 cawangannya di seluruh Indonesia malah ada cawangannya di Ampang Malaysia. Di Bali sahaja ada dua restoran ini. Satu menjual steak dan mee jokja manakala yang satu lagi menjual ayam dan ikan bakar. Memang makanan yang disediakan enak sekali. Harganya juga berpatutan. untuk dua orang makan bagi menu yang dipesan tadi harganya Rp 80,000 menyamai Rm 30.

No comments:

Post a Comment