

20 Julai 2009 adalah hari lahirku yang ke 53. Pada hari ini juga Indonesia cuti menyambut ISRAK dan MIKRAJ. Apalah maknanya hari lahirku dibandingkan peristiwa bersejarah itu. Tapi aku bersyukur kerana kedua-duanya jatuh pada hari yang sama. Seperti biasa selepas membaca buku dan breakfast di warung sederhana aku ke Denpasar mencari toko buku Garuda Vishnu yang aku perolehi maklumatnya dari pekerja warung tersebut. Aku menaiki teksi ke sana. Aku membeli tiga buah buku iaitu Tan Malaka oleh Taufik Adi Susilo ( 2008), Peristiwa 3 Juli 1949 oleh M.Yuanda Zara (2009) dan Labirin Kematian oleh Geidurrahman El-Mishry (2008). Buku Tan Malaka setebal 183 telah habis kubaca. Aku sangat mengenali tokoh ini ketika aku mengambil kertas sejarah Indonesia dalam peperiksaan STP iaitu pada tahun 1975 di Sek.Men.Sri Perak, Teluk Anson dulu. Paling mengecewakan tokoh nasional Indonesia ini telah ditenggelamkan namanya dalam lipatan sejarah kemerdekaan Indonesia oleh Order Baru ( Rejim Suharto) disebabkan beliau adalah orang kiri, sama seperti novelis terkenal Indonesia Prammoedya Ananta Toer yang dipenjarakan bertahun-tahun lamanya di penjara Belitung. Selepas membeli buku-buku itu aku bersiar-siar di Denpasar.
MALAM INI!...JAM 8 MALAM...SIARAN LANGSUNG RTM
ReplyDeleteFORUM SUARA SISWA
TAJUK: MANSUH PPSMI
LOKASI: DEWAN SITC
PANEL:
1.VC UPSI
2.YDP MPP UM
3.YDP MPP UIAM
Happy bIrThday...to u DAri saHaBat DisiNi Semua...
ReplyDeleteselamat panjang umur
ReplyDelete