Monday, July 27, 2009

Cuti Sabatikal 62-Kembara Bali: Pameran lukisan Bulian Undiksa di Museum Neka





























Jam 12.oo tengah malam tadi aku terima sms daripada Pak Hardiman untuk mengundangku ke Pameran Bulian oleh Jabatan Pendidikan Seni Rupa Universiti Pendidikan Ganesha, Singahraja yang akan dirasmikan oleh Rektor Undiksa di Museum Neka,Ubud jam 5 petang 27 Julai 2009. Selepas menunaikan solat asar aku bertolak ke sana jam 3.55 petang dan sampai sana agak lewat sedikit tetapi alhamdullillah perasmian belum dibuka lagi. Aku bertemu dengan rektor Undiksa Prof. Dr. I Nyoman Sudiana M.Pd., Dekan Fakultas Bahasa dan Seni Dr.Made Sutama, Pak Hardiman selaku kurator pameran dan dosen-dosen Undiksa. Sementara menunggu acara perasmian aku berbual panjang dengan Dekan Fakultas Bahasa dan Seni dan beberapa orang dosen Undiksa mengenai penemuanku sepanjang dua bulan aku di sini. Nampaknya mereka belum mengetahui tentang kisah warisan Trengganu di Loloan Timur. Aku juga bertanya mengenai khazanah daun lontar khususnya makna-makna yang terdapat pada ilustrasi itu kepada dosen undiksa Nyoman Sila. Pameran seni rupa ini dikuratorkan oleh Hardiman dosen Undiksa anak murid kepada Prof.Dr.Tjep Tjep Rohindi yang sedang mengajar di UPSI,Tanjong Malim. Pameran yang berlansung selama sebulan ini memamerkan citra Desa Bulian di Singahraja yang mengandungi empat bahagian iaitu Kuliner dan produksi, Sosial dan Kemasyarakatan, Potret dan Tokoh serta Metos dan Religi. Karya-karya ini dihasilkan secara kolektif oleh Dosen dan Mahasiswa Pendidikan Seni Rupa Undiksa berdasarkan kepada khazanah yang ada di desa Bulian itu.

1 comment:

  1. yang berdiri sebelah aku tu ialah Rektor Universiti Pendidikan Ganesha (UNDIKSA), Singahraja, Prof Dr. I Nyoman Sudiana M.PD. Manakala dua orang yang bersembang denganku tu ialah Dekan Fakultas Bahasa dan Seni Dr. Made Sutama dan Timbalannya Nyoman Sila.

    ReplyDelete