Thursday, July 16, 2009

Cuti Sabatikal 49- Kembara Bali: Pantai Legian, Seminyak







Pada 15 Julai 2009 jam 2 petang aku ke Pantai Legian daerah Seminyak. Paling mengejutkan aku, majoriti manusia yang ada adalah bule ( mat saleh ) dari pelbagai negara. Ada yang makan minum di restoran, pub,kelab malam dan ada yang terbaring membarbeque diri di tengah panas terik matahari. Aku hanya sebagai pemerhati yang setia. Aku ngak percaya Bali adalah negara bule.

2 comments:

  1. ...kalau enggak percaya...cuba semak kedai2, restoran, pub dan sebagainya yg ada di bali...sapa yg punya?...cuba sesekali semak...

    ReplyDelete
  2. Pak karoroso aku telah menyemaknya dengan rakanku Made (orang Bali) kebanyakan restoran,pub, kedai massage dan spa malah villa dan tanah adalah kepunyaan bule,atau Jepun. Restoran Itali di Sanur adalah kepunyaan orang Itali dan pengunjungnya adalah orang Itali. Ada satu kedai massage di Sanur kepunyaan orang Jepun semuanya orang Makasar. Begitu juga ada satu lagi pusat massage di supermall hardy's Sanur juga kepunyaan Belanda isterinya orang Bali. Kebanyakan bule atau orang Jepun menggunakan orang tempatan (Bali) sebagai teman hidup untuk tujuan bisness. Di Seminyak kebanyakan villa di sana adalah kepunyaan Bule. Mereka menggunakan nama orang tempatan untuk mendapatkan sertifikat.

    ReplyDelete