Sunday, July 12, 2009

Cuti Sabatikal 41-Kembara Bali: Pantai Soka
















12 Julai 2009 jam 8.30 pagi sebagaimana yang telah dijanjikan, Rofiq datang menjemputku bersama supir, Suhaidi. Rofiq membawa isteri dan anak-anaknya yang masih kecil. Perjalanan kami memakan masa yang lama untuk sampai ke Loloan Timur dan beberapa tempat lain di Negara. Pertengahan jalan lebih kurang 2 jam dari Denpasar aku menyaksikan satu pemandangan yang paling indah dan menakjubkan iaitu pantai Soka dan pantai mahedewi. Yang menakjubkan ialah jalan raya membahagikan dua panorama alam yang jauh berbeza. Sebelah kanan jalan ialah sawah padi teres yang cantik manakala sebelah kanan jalan ialah pantai dan batu-batu hitam dan laut yang indah dengan ombak yang menggulung, deras dan bergantian. Pasir pantainya hitam kerana bekas lahar gunung berapi. Aku singgah di tepi pantai untuk mengambil foto, menyedut udara segar dan menyaksikan panorama alam yang cantik itu. Subhanallah.

No comments:

Post a Comment