Tuesday, July 28, 2009

Cuti Sabatikal 64-Kembara Bali: Tenunan Songket dan Pertukangan besi





























Selepas solat aku dibawa oleh Made ke kawasan desa Jinang Dalem Mandung,Singahraja untuk melihat perusahaan kecil menenun songket yang dibuat oleh ibu-ibu di rumahnya di desa itu. Aku dapat melihat ibu Wayan Sri Dani ( 64 tahun) sedang menenun songket tradisional dengan peralatan tradisional turun temurun. Beliau belajar dari ibunya dan sekarang dia mengajar anak perempuannya pula. Begitulah berakarumbinya kesenian tradisi Bali. Tidak pernah padam dan berakhir ada sahaja pewarisnya. Motif tenunannya lebih kepada motif geometrik. Tidak jauh daripada rumah tersebut aku menemui Ibu Wayan Budatri ( 50 tahun) yang sedang menenun songket bermotifkan merak kecil. Beliau belajar menenun dari ibunya sejak berumur 8 tahun dan sekarang dia mengajar kepada anak perempuannya pula. Pekerjanya ada 10 orang yang terdiri daripada ahli keluarganya sendiri. Songket-songketnya ada yang dijual serendah Rp 700,000 bagi samping dan lebih 1 juta Rupiah untuk kain berukuran 18 x 120 m. Ada pelbagai motif yang dihasilkan untuk songketnya itu ada motif belah ketupat, merak besar, merak kecil dan kembang bunga. Benang-benang termasuk benang emas diperolehi dari kedai-kedai di Denpasar. Aku diterangkan nama-nama bahagian dan fungsi pada alat menenun tradional yang dibuat daripada kayu dan buluh itu antaranya jangjang, belida,jeriring,serat dan perorogan. Selepas itu aku ke Kampung Simpang Desa Poh bergong, Singahraja iaitu kampung Made sendiri dan aku saksikan ayahnya bernama Wayan Wilej ( 62 tahun) seorang tukang besi yang membuat pisau, keris, parang, golok dan sabit. Beliau telah menghasilkan karya-karya itu sejak 40 tahun yang lalu dan Made dahulunya telah belajar kemahiran membuat peralatan besi itu daripada ayahnya.

2 comments:

  1. Hari ini UPSI cuti terdapat pelajar dan staf kena H1N1....

    ReplyDelete
  2. san,maknanya upsi ditutup kerana dilanggar babi. Babi baru sahaja selsema kalau dia batuk aku rasa habis upsi dibuatnya.

    ReplyDelete