Friday, July 10, 2009

Cuti Sabatikal 39-Kembara Bali: Menjejaki Khazanah Islam di Bali










































































































Perkenalanku dengan anak muda Jawa bernama Rofiq memberi erti kepada penyelidikanku. Pemuda yang telah berumahtangga ini nampak kesolehannya berpandukan raut dan airmukanya yang jernih itu. Dia menjawat jawatan amil masjid An Nur ketika ini kerana universitasnya sedang bercuti, manakala sebelah petangnya selepas solat asar dia mengajar al Quran kepada kanak-kanak di musolla berdekatan dengan rumahnya. Sama sekali aku tidak menjangka pemuda ini sanggup membawaku dengan motornya mencari masjid,musolla dan perkampungan orang-orang Islam yang ada di Denpasar dan sekitarnya. Aku dibawanya menemui beberapa musolla dan masjid yang tertua di Bali antaranya Masjid Al Muhajirin, Masjid Assasut Taqwa dan masjid As Syuhada. Ketiga-tiga masjid ini dibina pada zaman Majapahit dahulu. Aku menemubual orang-orang tua di situ termasuk imam masjid As Syuhada selepas solat asar di masjid itu. Kebanyakan masjid-masjid itu telah diubahsuai dan diperbaiki tetapi artifaknya yang asal seperti mimbar, pintu dan tiang masih kekal. Aku juga sempat berkunjung ke kampung orang-orang Islam Bugis di Pulau Serangan. Aku telah membuat perjanjian dengan pemuda ini untuk menyewa kereta dan membawaku menjejaki khazanah Islam di seluruh pulau Bali mulai hari Ahad ini 12 Julai 2009 jam 9 pagi. Anih sekali, aku menghulurkan RP 100,000 kepada pemuda ini atas khidmatnya membawa aku dengan motornya tetapi dia menolaknya sama sekali. Sangat jarang kutemui orang Indonesia sebegini. Sambil tersenyum dia menjawab, saya memberi khidmat ikhlas. Subhanallah.

7 comments:

  1. Hari ni tak g jumpe nurse cun ke?

    ReplyDelete
  2. salam dr..terima kasih kerana sudi melayari blog saya....semoga dr. sentiasa sihat dan ceria di bali...

    ReplyDelete
  3. zass, saya ngak pegi jumpa nurse yang cut tu lagi sebab bisul di jari kaki saya dah mula pulih.

    ReplyDelete
  4. Haizan, thanks kerana sudi mengikuti perkembangan saya nanti saya kirimkan ole-ole ya

    ReplyDelete
  5. ...dr fauzi tanya....bila jawa nak jumpa janda atau anak dara...nak jumpa jodoh?...jgn lupa bagi tau kengkawan di malaysia...

    ReplyDelete
  6. Pak korososo aku ngak mencari janda atau anak dara di sini sebab aku asyik dengan pencarianku mengenai khazanah dan warisan Islam di sini. Alhamdulillah aku terlalu gembira sekali dapat banyak maklumat dan data yang kutemui sehingga ngak ada masa nak pikir tentang cewek.

    ReplyDelete