Saturday, July 4, 2009

Cuti Sabatikal 34-Kembara Bali: Bali Mall Galeria






Selepas solat subuh, 4 Julai 2009 aku terlena keletihan. Kemudian bangun dan meneruskan pembacaan buku-buku baru yang kubeli. Jam 10.30 aku ke Denpasar ke Supermall Matahari di Jalan Diponogoro dan membeli beberapa buah buku. Aku tidak berpuas hati kerana toko buku tersebut kecil dan tidak memiliki buku yang banyak. Kemudian aku meminta teksi menghantarku ke Bali Mall Galeria, Kuta, pusat beli belah yang besar dan mewah. Toko buku Gramedia terbesar di Bali ada di sini. Aku suka di sini kerana interior dan lanskapnya yang menarik. Aku makan di Restoran Excelso tempat biasa aku menulis blog kerana wifinya free. Lebih santai dan enak makan minum sambil menulis dan membaca akhbar Kompas dan Bali Express yang kubeli.

3 comments:

  1. Salam, Hari di UPSI sibuk dengan kemasukan student untuk sem 2. saya tak sabar nak menjejaki ke Bali.. Indonesia, kalau di Jakarta, Bandung, DJokja.. medan telah saya lawati... tetentu banyak keistimewaan di sana.. lebih-lebih lagi telah membaca penulisan 'Cuti Sabitikal' Dr.. moga sihat selalu...

    ReplyDelete
  2. San, memang berbeza sekali dari tempat-tempat lain di Indonesia. Paling nyata pantai dan lautnya yang menggamit bule( mat Salleh ) datang ke sini. Ada pantai putih dan ada pantai hitam (lahar gunung berapi). Ada pantai yang ombaknya menggulung sampai kaki pantai( Pantai Kuta) Inilah yang paling disukai mat saleh kerana mereka suka sukan Surfing (main ombak). Ada ombak yang di tengah-tengah ngak sampai ke tepi ( Pantai Sanur). Sangat disukai oleh orang yang tak suka bahaya ombak.Ada tempat sebelah kiri padi dan sebelah kanan pantai dan laut seperti Tambanan. Aku jatuh cinta dengan tempat ini. Kalau boleh aku nak beli tanah di Tambanan dan bikin rumah kecil di sini. Pemandangannya sangat indah sawah padi dan laut. Bawa duit banyak2 cari bisness di sini. Banyak peluang bisness di Bali

    ReplyDelete