Friday, July 3, 2009

Cuti Sabatikal 33-Kembara Bali: Solat Jumaat di Mussola Fastabiqul,Sanur






















3 Julai 2009 selepas menghabiskan pagi dengan membaca buku-buku yang baru kubeli aku ke Warung Sederhana, kedai makan muslim di Jalan Danau Beratan. Aku bertanya kepada pekerja warung itu adakah terdapat masjid lain selain Masjid Al Ikhsan di Sanur yang pernah kujumaati. Beliau menyatakan ada, dan bertentangan dengan pura. Wah bukan main gembiranya aku, rupa-rupanya mussola itu masuk ke dalam melalui gang kecil berdekatan dengan Nabila Internet. Anihnya, tidak ada papan tanda bagi menunjukkan arah mussola itu malah pada bangunan mussola itu juga tidak ada namanya. Yang ada hanya tertulis di tabung dan minbar itu saja. Anih. Adakah tidak dibenarkan, sedangkan papan tanda Masjid Al Ikhsan, Sanur, ada.

3 comments:

  1. ...isi khutbahnya...bagaimana pak?...kalu boleh dikongsi sedikit aja...ya intinya aja sudah memadai...dalam bahasa indonesia atau bahasa bali?...

    ReplyDelete
  2. Isi khutbahnya mengenai sakratulmaut dan persiapan sebelum mati. Dikhutbahkan dalam bahasa Indonesia. Pak Karososo aku kepingin sekali berjumaat di masjid2 lain di Bali nanti.Bukan Jumaat aje waktu solat yang lain ,akan ku cari Insyaallah.

    ReplyDelete
  3. ...eloklah tu diniatkan gitu...takkan lupa kot...kerja2 jamaah tabligh...

    ReplyDelete