Tuesday, June 2, 2009

Cuti Sabatikal-Kembara Bali






















Saya berlepas dari KLIA jam 9.50 pagi dan sampai di Ngurah Rai International Airport,Denpasar jam 12.50 tengahari. Saya disambut baik oleh rakan baru saya orang Bali bernama Made iaitu sahabat baik Hanisa rakan Drs Izani. Made membawa saya menginap di Hotel Rita di Sanur berdekatan pantai Sanur yang indah itu. Harga sewa bilik hotel itu ialah 250,000 Rupiah sehari menyamai RM 90. Hotelnya cantik dengan dekorasi Bali yang menawan terutama di bahagian Facadenya. Lanskapnya penuh dengan hiasan tumbuh-tumbuhan yang rendang menyejukkan suasana. Lanskap yang menjadi taman itu sentiasa dipelihara dengan rapi. Pekerjanya sentiasa setia berbakti menjaga dan mencantikkan halaman ini. Pada malamnya saya berkunjung ke Kuta dan pantai Kuta yang happening. Saya berada seolah-olah di negara Eropah. Sepanjang jalan di Kuta dipenuhi oleh puluhan ribu bangsa kulit putih yang mengunjungi bar,kelab malam, pub,restaurant, massage house, kedai-kedai jualan barangan kraf dan kain baju yang harganya adalah mahal. Bali rupa-rupa telah menjadi milik dunia dan bukan lagi kepunyaan Indonesia. Rumah-rumah persendirian dan kedai-kedai kebanyakannya adalah milik orang Eropah dan Jepun. Mereka membelinya dengan menggunakan nama orang tempatan. Mengikut rakan baru saya Made 'Bali sudah hancur'. Malam itu juga saya berkunjung ke lokasi bekas kelab malam yang telah musnah dibom pada tahun 2002. Di sebelahnya dibuat tugu peringatan yang menyenaraikan lebih 200 0rang yang terkorban kebanyakan adalah orang Australia. Ledakan bom itu hanya meruntuhkan ekonomi Bali selama lima tahun. Bali semakin pulih dari puing-puing ledakan itu. Di lokasi tersebut dibiarkan sahaja tetapi sekitarnya sangat hidup dengan kehidupan malam yang dipenuhi oleh orang Eropah dengan gaya hidupnya sendiri. Tidak pernah tercabar danmerasa takut atau gerun dengan peristiwa itu. Kehidupan malam 24 jam berputar bagaikan tidak ada penghujungnya. Aku terfikir juga rupa-rupanya Bali masih 'terjajah', pemikiran dan gaya hidup orang Bali dan Orang Indonesia yang menetap di Kuta, Denpasar, Sanur serta bandar besar di Bali terikut-terikut dengan gaya hidup Eropah. Barangkali orang Bali di kawasan perkampungan masih terus mengekalkan tradisi kehidupannya ( saya belum melihatnya lagi). Pada siangnya mulai 10 pagi 2 Jun 2009 saya berjalan sepanjang pantai Sanur yang indah di penuhi dengan ribuan orang Eropah yang santai di tepi pantai. Puluhan hotel bertaraf antarabangsa tersedia di tepi pantai tersebut. Keasyikan menikmati kecantikan panorama laut dan pantai menyebabkan saya tidak menyedari bahawa saya telah berjalan sejauh 3 kilometer. Eksersais dan peluh yang memancar-memancar disebabkan keringat yang menyengat barangkali akan mengurangkan diabetes saya. Memang benar bacaan diabetes saya menurun keesokannya. Saya sempat juga mengunjungi Rita Galeria yang penuh dengan lukisan-lukisan moden yang dihasilkan oleh pelukis Bali. Cukup untuk kali ini akan disambubg kemudiannya. Terima kasih.Wassalam.

4 comments:

  1. Refresh your body and soul by having a short holiday break in Bali, Indonesia. Travel from your country into Bali is easier now as there are many flights linking to Bali. This small island provides wide range of Bali hotels from cheap Bali hotels to private Bali villas at special rates.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Dr.. Dah sampai ke Bali rupanya.. Semoga mendapat apa yang dicari.... Amran

    ReplyDelete