Saturday, June 20, 2009

Cuti Sabatikal-Kembara Bali 19: Kematian, Muzik dan Tarian






















19 Jun 2009 jam 11 pagi, ketika aku bersiar-siar di bandar Sanur aku terhenti seketika. Puluhan kenderaan dan manusia sesak di jalan. Aku terpinga-pinga. Rupa-rupanya ada perarakan jenazah yang sedang diusung kesemadian. Jenazah itu akan dibakar. Wanita-wanita dan pria berjalan beratur mengiringi jenazah tersebut. Begitu tertib sekali. Aku sempat mengambil foto-fotonya. Aku pulang ke rumah dan masak. Inilah buat pertama kalinya masak masakan sendiri setelah 2 minggu tinggal di Bali. Masakan ringkas ikan sardin dalam tin cap ayam, telur dadar dan sausage ikan. Kelengkapan memasak mencukupi. Bermakna selepas ini aku tidak perlu lagi makan di luar, mungkin sekali sekala sahaja. Kemudiannya berehat di rumah, selepas solat zohor aku baring kepenatan. Tiba-tiba terdengar ketukan cak lempong, paluan gendang dan gong memersikkan telinga. Bunyi irama muzik tradisional Bali benar-benar datangnya dari sebelah rumah. Ketika itu jam 3 petang. Aku kemudiannya pergi kesebelah rumah. Memang benar irama muzik itu datangnya dari situ. Aku meminta izin masuk ke balai raya menyaksikan latihan tarian dan muzik yang dimainkan oleh kanak-kanak dan remaja Bali. Barangkali mereka adalah dari pelajar Sekolah Dasar dan SMP. Aku meminta izin daripada jurutunjuknya untuk mengambil video. Sepanjang perjalanan ke rumahku iatu jalan Danau Tebaran aku dapati tidak kurang dari 3 balairaya atau pura yang mengadakan latihan sedemikian setiap hari. Kesenian tradisi Bali sama ada Muziknya atau tariannya diajar kepada kanak-kanak lagi. Ia telah mengakarumbi dalam kehidupan mereka. Balai raya atau puranya sentiasa hidup dengan aktiviti. Tidak seperti di Malaysia, balai raya di kampung-kampung adalah tempat kambing menari. Masyarakat Malaysia perlu belajar dari Bali yang sentiasa mengekalkan tradisinya walaupun Tsunami moden hebat melanda. Jam 5 petang selepas solat asar aku ke pesta buku di Bali mall Galeria ,di Supermarket Matahari di bandar Kuta. Aku membeli 7 buah buku yang ada kaitannya dengan kesenian.Malamnya aku terus membaca.

2 comments:

  1. ...balairaya di malaysia...tempat kambing menari?...apa iya pak?

    ReplyDelete
  2. Memang benar pernah terjadi di kampungku Behrang stesen,Perak .Balairayanya tak ada aktiviti lalu kambing buat aktiviti di balairaya tersebut. Mengembek dan menari. Penduduknya tak kreatif termasuk aku kebetulan aku udah berhijrah dari kampung sejak lama dulu.

    ReplyDelete