Friday, June 19, 2009

Cuti Sabatikal 18-Kembara Bali: Pindah rumah baru










Pada 17 Jun 2009 jam 5 petang aku pindah ke rumah baru yang lebih selesa di Sanur. Pada malamnya membeli belah di Makro, membeli peti ais,kipas angin dan peralatan dapur seperti ricecooker,kuali, pinggan mangkuk , beras, rempah ratus yang lain. Harga peti ais bersaiz sederhana tidaklah mahal cuma Rp 1juta 400,000 menyamai lebih kurang RM 500 duit Malaysia, cukup untuk kehidupanku 9 bulan di Bali. Malamnya mengemas rumah dan dapur untuk aku memulakan aktiviti memasak. Teringat olehku kehidupan bujangku di Sarawak selama lima tahun aku menjadi jagoan memasak. Bangun pagi selepas solat subuh, aku mula diserang selsema,batuk dan demam. Rupa-rupa aku tidak boleh bekerja kuat lagi sekarang, umurku yang menjangkau 53 tahun menghalangku berbuat demikian. Esoknya 18 Jun, aku berehat saja di rumah dan petangnya ke Carefour membeli ubat di farmasi, tiga buah buku di Periplus dan sedikit peralatan rumah.

2 comments:

  1. demam...sabar...kalau dapat diusahakan cari tukang urut. jejaka bali ramai yg ganteng ganteng kok...semuga segera sembuh.

    ReplyDelete
  2. aku akan pergi urut tetapi bukan dengan jejaka tetapi dengan cewek-ceweknya yang manis supaya cepat semboh.

    ReplyDelete