Thursday, June 11, 2009

Cuti Sabatikal-Kembali Bali 10: Makan malam di Jimbaran




11Jun 2009,seperti biasa selepas menunaikan solat subuh aku meneruskan bacaan Islam Jawa ,agak berat kandungannya lambat menghabiskannya. Jam 9 pagi ke pusat internet dan menyambung penulisan blog sehingga jam 11.30 pagi. Kemudian ke bandar Kuta dan ke pantai yang bersebelahan dengannya. Aku sekali lagi ke kedai buku Periplus yang ada di supermarket Sogo di Kuta. Tiada buku yang baru perlu kubeli sama seperti yang ada di kedai buku Periplus di hypermarket Matahari,Kuta. Menyaksikan ribuan manusia terutamanya mat saleh mandi manda dan melakukan aktiviti laut di pantai kuta mengingatkan aku kejadian letupan bom di sini pada 2002 dahulu. Nampaknya walaupun jumlah mat saleh yang datang ke Bali semakin kurang tetapi mereka masih lagi memilih Kuta sebagai destinasi terbaik di Bali malah di Indonesia. Barangkali pantainya yang memanjang, cantik,bersih, dan ombak yang agak kuat menarik keinginan mereka melakukan Surfing. Ribuan yang berjemur separuh bogel di pantai sambil baring dan membaca buku. Inilah kelebihan mat saleh bogel-bogel jugak tapi buku tetap di tangan. Orang Asia jarang yang begini sebab budaya membaca tidak ada di kalangan kita. Aku bertedung di bawah pohon kelapa di pantai itu sambil makan rojak buah. Berbual-bual dengan ibu Jawa Muslim yang berniaga rojak buah di situ. Aku sempat berkenalan dengan seorang pensyarah dari Universitas Islam Riau yang kebetulan bercuti di Bali. Beliau sering ke Malaysia terutamanya di Kedah dan Kelantan. Pelajar-pelajarnya ramai datang dari kedua-dua negeri itu. Jam 3.30 petang aku pulang ke Sanur. Jam 8 malam Made sahabatku datang menjemputku makan malam di pantai Jimbaran yang agak jauh juga dari Sanur. Puluhan ribu manusia dari pelbagai negara memenuhi pantai Jimbaran untuk menikmati juadah malam di situ. Dalam samar-samar kegelapan yang hanya diterangi oleh pelita dan lilin aku duduk betul-betul di tepi kaki air. Bunyi ombak yang menderu memukul pantai dengan suara muzik lagu-lagu mexico aku rasa benar-benar berada di dunia lain. Keenakan ikan siakap bakar, sotong dan kupang tidak mengurangkan perhatianku kepada jumlah kapal terbang yang turun setiap 10 minit ke Ngurah Rai International Airport yang boleh ku saksikan depan mata di tepi pantai Teluk Jimbaran itu. Angin yang sederhana bertiup boleh melalaikan mata. Keasyikan menikmati juadah sambil berbual-bual dengan Made barangkali mengurangkan kepadatan perutku. Jam 11 malam semua kedai di situ ditutup dan kami pulang semula ke Sanur.

3 comments:

  1. good day dr suhaimi. i m fine here. this is my 2nd time read your blog,but 1st time comment.emm...i m wuite lazy to go through all the words..so i juz skip it n read some of the sentence. hoever, i stil can recognize dat u r enjoy there.

    ReplyDelete
  2. really hapening place. i may detect frm ur picture.so, wat is the main conversation language at there? happy vacation!

    ReplyDelete
  3. Violet thanks for your comments, i really appreciated,Indonesian and english language are really spoken here.

    ReplyDelete