Friday, June 26, 2009

Cuti Sabatikal 27-Kembara Bali: Mengembara ke Surabaya











26 Jun 2009 aku sampai ke kota Surabaya jam 7 pagi. Pak supir membawa aku ke hotel Pavillion Jalan Genting Besar, Surabaya. Hotel yang sederhana besar, bersih dan ada taman di tengah-tengahnya. Aku berehat dan tidur keletihan yang amat sangat. Aku tidak sedar jam berapa aku terbangun. Yang ku tahu perutku tersangat lapar. Selepas suntikan insulin aku mencari makan. Tengah makan baru ku sedar hari ini adalah Jumaat. Terlepas juga Jumaatku. Aku balik berehat di kamar hotel sahaja. Petangnya aku ke Jalan Basuki Rachmat mencari toko buku Gramedia. Gramedia sedang melancarkan exponya. Aku membeli beberapa buah buku. Kemudian aku ke Jalan Semarang, mengikut kawanku Yanto dari Jakarta, di situ banyak kedai buku terpakai. Sayangnya aku sampai jam 5.30 petang, sedangkan jam 5 petang di sini sudah gelap. Banyak kedai yang telah ditutup melainkan dua buah kedai. Aku mengambil keputusan akan datang keesokan paginya. Sepanjang jalan Semarang aku melihat kemiskinan merata-rata. Begitulah keadaan di kebanyakan kota-kota dan desa-desa di Indonesia, kemiskinanan melanda,pengemis meminta-meminta di setiap gang dan lorong. Apalah ertinya demokrasi yang telah diperolehi sedangkan rakyatnya menjadi pengemis. Lantas aku terfikir apakah dasar ekonomi yang telah dibuat dan dilaksanakan oleh pemerintah Indonesia? Dibiarkan rakyatnya merana kemiskinan.Waduh kesian betul. Esoknya jam 9.30 27 Jun 2009 aku ke Jalan Semarang mencari kedai buku terpakai. Aku menemui kedai-kedai menjual buku terpakai macam Chowrasta di Pulau Pinang. Malam tadi aku menghubungi Prof Z beliau meminta aku mencarikan novel Nyanyi Sunyi seorang Bisu oleh Pramoedya Ananta Toer . Sukar juga mencari buku kesenian di sini. aku hanya dapat membeli 8 buah buku sahaja. Buku yang dipesan oleh Prof Z tidak kutemui.

3 comments:

  1. harus dicari sampai jumpa pak..

    ReplyDelete
  2. teruskan pak, bisa dijumpainya...mungkin belum dikuburi lagi...

    ReplyDelete
  3. Korososo dan Joe, puas aku mencari dan bertanya kepada toko buku di seluruh Surabaya ngak berjumpa juga. Aku sedih kerana mengecewakan mahaguru aku Prof Z. Tapi aku akan ke Jokja dan Jakarta nanti mungkin akan ketemui. Insyaalah . Di Bali ngak ada, sebab pulau itu tempat bulan madu dan berlibur. Walau macaman pun Kesenian,muzik dan tarian tiada tandingannya di dunia di sinilah ia mengakarumbi dalam kehidupan mereka sejak lahir sampai mati. Aku sangat bertuah bercuti sabatikal di sini terima kasih Pak Izani yang mencadangkan kepadaku.

    ReplyDelete