Saturday, June 6, 2009

Cuti Sabatikal-Kembara Bali 5





















Pada 5 Jun aku duduk di kamar membaca buku yang baru ku beli di Toko buku Gramedia di bandar Kuta. Selepas penat membaca aku mengunjungi siber Cafe yang berselerak di Sanur. Kutulis blogku untuk ditatapi oleh sesiapa yang sudi membacanya. 5 Jun adalah hari jumaat yang malang, aku mencari masjid tetapi tidak ku temui untuk bersolat Jumaat. Insyaalah aku akan ketemui nanti. 88 peratus dari 3 juta penduduk Bali adalah Hindu, selainnya adalah buddha,Islam,kristian dan anamisme. Sukar juga mencari makanan yang halal di sini selama 6 hari di sini aku hanya mampu makan nasi padang yang banyak juga di sini. KFC dan McDonald juga ada di Sanur dan ada cap halal dari Persatuan Ulama Indonesia.Semalam aku makan tengahari di gerai orang Jawa Muslim dan bukan masakan Padang di Sanur.Kutemuinya bila bertanya dengan wanita muslimah yang bekerja di Siber kafe. 6 Jun aku terus membaca buku di kamar. Seperti biasa aku mengunjungi pusat internet untuk melihat email dan menulis blog. Sebelah petangnya aku ke pantai Sanur yang 100 meter dari kamarku. Ribuan mat saleh ( orang Bali panggil Bule) terdampar di pantai yang indah dengan angin yang bertiup segar dan nyaman. Aku sempat meminta ibu-ibu yang bekerja sebagai tukang urut di pantai mengurut kakiku dengan upah 50,000 rupiah menyamai RM25 sejam. Harga body massage dan refleksologi kaki adalah sama di pantai Sanur tetapi ia lebih murah kalau bukan di pantai, maksudku di kedai-kedai urut yang jumlahnya puluhan di bandar pelancongan Sanur. Mat Saleh di Bali terutama di bandar Kuta,Sanur dan Ubud menjadi tuan-tuan besar. Mereka membeli tanah dan rumah dengan menggunakan nama orang tempatan. Villa dan rumah mereka disewa dengan harga yang mahal. Ada satu kamar berharga 6 juta rupiah sebulan menyamai RM 480 ( 1 juta rupiah ) x 6 =RM 2880 sebulan. Kamar itu telah kulihat berdekatan sangat dengan pantai Sanur mengandungi satu kamar tidur, bilik air, veranda, serta peralatan seperti meja,kerusi, peti ais dan berhawa dingin. Memang sukar mencari rumah di Sanur kecuali jauh di pinggiran yang tiada kemudahan internet. Aku bersyukur dapat menyewa Luisa Home Stay yang nama sebenarnya ialah Ari Accomodation di pusat bandar ini yang sangat berdekatan dengan segala kemudahan. Sewanya RM 535 menyamai 1 juta setengah Rupiah dengan satu bilik tidur, bilik air,veranda dan berkipas angin sereta breakfast setiap hari. Setiap 3 hari bilikku akan dicuci dan dikemas. Laundry pun di sediakan dengan harga yang murah. Semuanya menyenangkan aku. Kalau dikira sewaan hari hanyalah RM 20 sahaja. Jiran-jiran ku orang Australia,Ireland dan orang Eropah yang lain termasuk orang Asia seperti Jepun sentiasa menyapaku. Kalau nak lepak di bilikku tak menjadi masalah. Tetapi kalau terlalu ramai boleh menyewa di bilik-bilik sebelahku dengan harga sewa RM 20 atau keatas sehari (mengikut keluasan) Aku kira cukup murah dibandingkan dengan hotel-hotel yang banyak berdekatan dengan bilikku. Jam 8 malam aku dijemput oleh Made sahabatku orang Bali makan malam di rumahnya di Denpasar 30 minit dari Sanur. Rupa-rupanya dia telah membeli masakan padang yang enak untuk ku santapi. Rumahnya cantik dilindungi tembok dan ada tamannya manakala tiang rumahnya dari batang kelapa yang ditelah ditanurkan.

No comments:

Post a Comment