




23 Jun 2009 malam aku pergi massage di Griya Bugar di Kuta, massage center yang terbaik setakat ini, sangat bersih, profesional dan layanan mesra. Pengurut-pengurutnya wanita muda berunifom yang boleh dipilih melalui foto di bahagian kaunter. No Sex, no smoking itulah syarat-syarat yang terpampang di situ. Mereka menggunakan kaedah urutan Tsuzitsu, Thai dan Spa. Harganya murah iaitu Rp 55,000 sejam bagi body massage menyamai RM 22.50 sahaja sejam. Kalau di Malaysia body massage rata-ratanya ialah RM 60 sejam. Selepas massage aku makan nasi padang di Kuta, restoran berhawa dingin menyediakan masakan padang yang istimewa. Kemudian aku berjalan-jalan menyusur kaki lima kedai, kelab malam, diskotek, restoran, pub sehingga ke tempat tugu peringatan letupan bom 2002. Aku sempat mengambil foto mat saleh dan orang tempatan menari sambil mabuk di kelab malam tersebut. Happening. Kuta menyediakan segala-galanya kecuali mak bapak. Bule ( mat saleh) mabuk dan berdansa di depan khalayak adalah terlalu biasa, sampai ke pagi. seolah-olah Kuta adalah negara mereka. Tidak ada segan silu di sini.
amboi! bestnya dapat diurut...
ReplyDeletesaya nak juga.. hi..hi..
ReplyDeleteSalam, Dr. saya dan Dr Jo bercadang utk ke Bali... tarikh cadangan pada 5 Ogos ini... harap dapat maklum balas dari Dr.....
ReplyDeleteSaya telahpun booking tiket Air Asia pada 5 Ogos balik 10 Ogos. Jam sampai 20 Ogos. Saya dan Dr Johari... harap dapat kerjasama Dr... Thanks
ReplyDeletesdr Hasan jangan bimbang saya tunggu di airport nanti, dan tinggal di rumah saya. Saya akan bawa anda keliling pulau Bali yang indah ini
ReplyDelete