Monday, June 15, 2009

Cuti Sabatikal 14- Kembara Bali: Pantai Kuta Raden Saleh







14 Jun 2009 jam 9.30 seperti biasa aku mengunjungi pusat internet, menulis blog dan memasukkan gambar terbaru. Jam 11.00 pagi ke Kuta mencari kedai buku di sana, nampaknya ada 3 toko buku yang terkenal di Bali yang beroperasi di bandar Kuta dan Denpasar serta Sanur ( Sanur hanya ada Periplus yang terletak di supermarker Hardy's). Selepas makan tengahari di sebuah restoran Jawa yang halal ( di Bali aku perlu berhati-hati dengan soal ini)di supermarket itu aku terus ke pantai Kuta yang berdekatan dengan bandar tersebut. Ribuan manusia sentiasa mengunjungi pantai tersebut dari perbagai negara. Apakah keistimewaan pantai Kuta di bandingkan dengan pantai yang lain di Bali. Pertama pantainya bersih, keduanya pasirnya kuning putih ( tidak seperti pantai Lovina di Singaraja pasirnya hitam mungkin kerana bekas lahar gunung berapi)), ketiga ombaknya yang kuat memukul pantai( ini yang paling disukai oleh mat saleh kerana mereka suka surfing), keempat ia jauh memanjang, kelima berdekatan sangat dengan bandar, hotel,restoran, kelab malam,pub karaoke dan segala kemudahan pengangkutan tersedia di situ. Aku berteduh di pohon kelapa di pantai itu sambil melihat gelagat manusia. Selepas pulang ke kamar aku terus menghabiskan masaku membaca buku Raden Saleh sehingga larut malam.

No comments:

Post a Comment