Friday, June 5, 2009

Cuti Sabatikal-Kembara Bali 3




Pada 4 Jun 2009 jam 8 pagi aku dan kawan-kawan baruku dari Jakarta telah pergi ke Pura Besakih 2 jam dari Sanur. Menyewa kereta dengan pemandunya sekali. Kawasan ini adalah kawasan pergunungan yang agak dingin. Pura (candi) Besakih adalah pura yang tertua dan terbesar di Bali. Dibina pada abad ke 8 Masehi zaman kerajaan Sailendera, terkemudian dari binaan Borubodor (Buddha) di Jokjakarta, Jawa. Seni binanya bertingkat-tingkat dengan tangga dengan puranya dibina dari batu hitam yang telah berumur 1100 tahun. Courtyard yang lapang menjadikan pura ini luas berlatarbelakangkan Gunung Agung, (gunung keramat mengikut penduduk Bali) dan tertinggi di pulau ini. Di sini perlu berhati-hati semuanya "charge". Masuk kena charge, diguide tak rasmi kena charge, mengambil gambar dengan kamera sendiri tetapi oleh fotografer tak rasmi kena charge, tumpang motor kena charge. Di mana- mana pun di kawasan pelancongan Indonesia termasuk di Padang ketika aku melancung di sanapun kena charge. Pertolongan, budi bahasa dan berbudaya di sini itu harus dibayar dengan charge.( Kecuali sahabat baikku Made dan isterinya Nalo orang Bali yang tulin kejujurannya, semua ikhlas atas nama persahabatan). Hal charge ini tidak berlaku di Malaysia. Anda perlu memberi bayaran kepada perkara yang sudah pasti seperti tiket, tetapi di Indonesia banyak yang tidak pasti dan anda akan dikenakan charge atas ketidakpastian dan budi bahasa yang diberikan. Oleh yang demikian jangan dengar taklimat mereka, jangan beri kamera anda untuk digambari, semuanya pasti kena charge. Aku sangat malu dan marah dengan keadaan begini. Di universitas- universitas di Indonesia juga berlaku juga(melalui pengalaman sendiri) menggunakan kenderaan rasmi pun kena charge pada hal di Malaysia pensyarah( dosen) dan rektor dari universitas-universitas Indonesia yang membuat lawatan dilayan bagai raja pergi dan pulang mengunakan kenderaan rasmi dengan percuma dan diberikan tempat tinggal di rumah universiti dengan percuma. Saya mengesyorkan kepada pentadbir universiti-universiti di Malaysia melakukan charge sebagaimana mereka melakukan kepada kita.

No comments:

Post a Comment